Sunday 27 May 2012

Aku Kembali Bersama SEMANGAT BARU!!!!

Assalamualaikum..
:)

hehehe.. agak lama jugak aku tak post di blog ni kan..
sejak daripada peristiwa yang tak masok akai yang berlaku kat aku haritu..
seriously aku memang dah tak daa mood sangat dah nak menaip..
nak bercerita.. nak berkarya.. nak buat apa2 pon aku dah tak de semangat..
kalau nak diikutkan memang sekarang ni pun aku masih belum ada semangat macam dulu lagi.. :(
ye laa kan.. mana tak nya...
peristiwa yang berlaku tempoh hari memang betul2 memberi kesan yang agak mendalam kepadaku..
dan juga sebagai satu pengajaran kepadaku..
kita memang tak boleh meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada sesuatu perkara yang agak mustahil untuk kita kecapi..
kita juga tak boleh memaksa sesuatu untuk memenuhi kemahuan kita semata2..
biarlah ianya hanya tinggal satu harapan..
dan yang paling penting.. tidak semua perkara kita perlu berahsia dalam usaha 'menjaga hati dan perasaan seseorang'.. :'(
sekarang semuanya dah berlaku dan berlalu...
walaupun kesannya masih ada..
aku cuba menghadapinya dengan tenang..
yup.. 
aku juga manusia kan...
aku rasa tak salah untuk aku mempunyai satu perasaan yang berbeda kepada seseorang yang berlainan jantina..
itukan satu fitrah.. :)
lebih menyedihkan kalau kita berniat baik tetapi telah disalah anggap dan dianggap pula sebagai seorang yang hanya ingin memainkan perasaan semata2..
ouch!!! tak mampu tak mampu~~~
*okeh agaknya aku dah mengarot jauh dah ni ahahhaa XD
...

Yeah!!! AKU HARUS BERUBAH!!!!!

Sebenarnya post aku kali ini bukannya nak berceloteh pasal hati perasaan kejadah semua tu.. XD
aku nak cuba lupakan semua tu buat masa sekarang...
:)
yang tak sudi tu.. biarkannya dengan ketidaksudiaannya.. XD
(mana taw satu hari nanti tetiba dya sudi kan)
*hahaha PERASAN LEBEY kan... :P
~ tapi apa salahnya kalau masih nak mengharap kan ~ ^^
arrggghhh!!! apa masuk balik topik nih! 
ish ish!! *tampar mulut tujuh kali.. nakal sangat nih!
hehe..
*eh bukan jari ke yang menaip.. asal mulut lak yg kena tampar.. =,=''
erk... ABAIKAN... -,-
...
OKEH!!!! ni yang real punya!!!
XD
hehe.. sebenarnya sejak dari peristiwa yang lepas..
banyak perkara yang telah berlaku...
secara umumnya sekarang aku dah berhenti keja.. ^^
beberapa hari yang lepas.. 
aku pegi Kuala Nerang ngan kawan2 aku..
*berkonvoi ke kenduri kahwin Kak Eyka.. :D
hehe..
(aku akan postkan lagi satu cerita menganai KONVOI aku ni.. :D)
sekarang pulak aku dah sampai ke umah Pak Njang aku di Damansara Utama sebab nak ikuti kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa (PMDS) di Puncak Alam besok.. ^^"
hehe..
...

Kad pekerja aku... Serius akan merinduinya... :')

bila dipikirkan balik..
kejap saja masa berlalu kan.. :)
sedar sedar.. aku dah berhenti keja dengan company Aeon tu..
hmm... sebenarnya agak berat hati aku nak tinggalkan diorang di sana..
iyalaa.. setiap hari selama sebulan setengah aku bersama mereka...
hari2 aku dipenuhi dengan gelagat dan telatah mereka yang sporting2 belaka..
walaupun aku dalam masalah..
ada saja yang perasan..
siap bagi kata2 semangat semua cukup..
*teeetttt kantoi aku tercerita masalah aku dekat brader Blue Waves sorg ni ahahaha.. XD
alaa.. dya mmg rapat dengan aku.. :)
gipun aku tak dek tempat bercerita..
dapat jugak kata2 semangat daripada dya.. hehe.. ^^"
katanya bunga bukan sekuntum..
satu tolak.. dok ada sepuluh lagi yang menunggu.. =.=''
*standard laa.. ni laa ayat2 org dulu2 ahahaha XD
~ hakikatnya tak leh diterima pakai langsung pon.. ~
sapa laa yang nak org mcm aku ni..
-,-
argh!!!! again nak masok balik topik tu asal ntah!!!
grrr~~~~  =..=
lupakan lupakan.... >_<
hehe.. sepanjang aku keja jadi pengawal keselamatan ni kan...
ada sekali jer aku berpeluang bertugas waktu malam.. 
:D
pergh!!! bertugas malam ni mencabar woo~~~
hantu??? =..=
bukanlaa... cabaran yang paling besaqnya bukan hantu jembalang semua tu...
cabarannya adalah NGANTOK!!!!
hahaha XD
walaupun aku dah terbiasa tido lambat2 tiap hari..
tapi time keja ni lain woo~~
ngantoknya hanya Tuhan yang tahu..
nak saja aku tido kat tempat bertugas tu..
*tapi kalo kena tangkap elaun bulanan babai laa yer.. ^^v
hehe..
pacak???
fuh... memang ni laa perkataan yang agak digeruni di sana...
pacak bermaksud menjaga sesuatu lokasi dalam keadaan statik..
ini bermakna seseorang itu tidak dibenarkan untuk meninggalkan lokasi selama dia bertugas..
sekiranya sebarang kecurian berlaku semasa meninggalkan lokasi itu..
anda akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya.. ==''
fuh.. memang pacak lah yang paling aku geruni..
bukan apa.. lenguh kaki kot.. XD
paling lama pun aku pernah pacak dalam sehari sembilan jam jer.. ;D
sampaikan kaki dah tempang berjalan.. XD
kekadang aku terpikir...
macam mana laa kalau tetiba ada pencuri bawak lari barang..
macam mana laa kami ni nak kejar..
kaki tengah lenguh..
lutut dah sakit..
nak ligan (kejar) pulak penyamun tu..
memang tak laa kan..
hahaha XD

Lokasi pacak sebenarnya adalah untuk mengawal benda ni haa..
Kekadang cashier terlupa bukakan hard tag..
Jadi tugas kami adalah untuk mengesannya.. ;D

dan kenangan yang paling tak dapat aku lupakan adalah kesempatan aku mengikuti program dua tahun sekali kompani Aeon iaitu Family Day di Bukit Merah Laketown Resort.. :D
serius dah bertahun2 aku teringin nak pegi sana..
last aku pegi pun seingat aku masa aku standard 5..
tu pun ikut Family Day dengan kilang ayah..
hehe.. sekarang dapat pegi lak.. XD
memang nasib sangat lah!
walaupun kemeriahannya tak begitu terasa bagiku ketika itu..
*sebab baru dua hari peristiwa berlaku.. :'(
tapi aku tetap berpuas hati kerana impian ku untuk kesana tercapai juga.. :)
apa2 pun... tu semua dah tinggal kenangan.. :')
aku secara rasminya telah meletakkan jawatan pada 21 Mei 2012..
:')

Surat perletakan jawatan aku..
Tulis manual jer der ahaha XD

BLUE WAVES AEON SPC...
memang tebaeeekkkkk!!!!!
X'D

Kenangan bersama mereka~~ XD
ternyata bakat seni berada dimana2 sahaja.. :')


Friday 4 May 2012

aku yang dipandang sebelah mata... X'D

Assalamualaikum.. ;D
sajer jer nak update skit.. :)

4 MAY 2012
adalah hari dimana orang keempat telah menolak cintaku ahahhaa XD

sedey??? :P
tak dak makna!!! hahaha.. XD
aku dah konfem2 dah taw yang dya akan tolak aku ahaha XD
buat masa sekarang ni aku tak jumpak lagi mana2 orang yang sanggup terima aku.. :')
in fact aku sedar diri.. ^^

orang macam aku sapa yang nak buat teman kan.. X'D
walau apa pun alasan yang diberikan... kesimpulannya tetap sama... XD
"AKU TAK SUKA HANG LAA WEH!!!"
aahaha XD
*sebab kalau suka dya akan beri tempoh untuk memberi jawapan.. :)
ini tolak bulat2 der..*
X'D

okeh tutup kes.. :|

aku masih banyak lagi kekurangannya.. :')
orang selalu cakap aku ni ''BAEK BAEK BAEK''
hello... kalo orang baek... xdaknya jadik mcm ni laa.. XD
aku ni tak baekk laa..
SERIUS!!!
:P

aku ni sebenarnya bukan teringin sangat nak ada awek..
cuma aku kekadang terpikir..
kenapa tak penah ada orang yang suka dekat aku.. :'(
kalau kawan2 aku..
ada saja orang yang minat...
tapi aku...
tak penahnya ada orang minat..
nampak sangat yang aku ni banyak kekurangannya..

seseorang itu akan suka dekat seseorang yang nampak baek dimata diorang..
seseorang itu akan suka dekat seseorang yang nampak kacak dimata diorang...
seseorang itu akan suka dekat seseorang yang nampak kemas dimata diorang...
seseorang itu akan suka dekat seseorang yang nampak hebat dimata diorang...
maka kesimpulannya...
aku ni bukanlah orang yang baek...
aku ni bukanlah orang yang kacak...
aku ni bukanlah orang yang kemas...
aku ni bukanlah orang yang hebat...
:)

bukan niat nak merendah diri atau nak menyalahkan takdir...
cuma menyuarakan perasaan hati..
menceritakan suatu kebenaran yang pasti.. :)
ramai yang kata jodoh ditangan Tuhan..
memang betul..
tapi ada jugak yang cakap kalau tak usaha mcm mana nak dapat jodoh..
ini pun betul..
XD
(: aku masih kena baiki diri aku :)
sungguh banyak kekurangan yang ada pada diri aku..

kepada kawan2 yang diberi kesempatan itu...
jagalah diorang dengan baek..
korang bertuah sebab pasangan korang terima korang seadanya...
sekurang2nya ada orang yang menerima korang daripada aku yang tak pernah diterima ahaha XD
jagalah hubungan korang..
korang dah diberi kesempatan itu...
ingat batas2 korang.. teruskan mengenali hati budi mereka hingga kejinjang pelamin..
aku sebagai kawan tumpang bahagia jika melihat korang bahagia.. ;D
apa yang korang boleh pikir..
korang mempunyai ciri2 istimewa itu sehinggakan ada org yang sanggup go on dengan korang... :)

tapi ingat laa...
tak salah untuk kita saling kasih mengasihi sesama makhluk..
tetapi kita juga ada batas agama kita..
ingat lah, agama kita menuntut kita menjaga dan melindungi kaum hawa..
mereka telah memilih anda sebagai teman istimewa..
maka lindungi lah mereka daripada sebarang kekacauan..
jadilah insan yang terbaeek dalam hidup mereka..
jagalah mereka sehingga korang membina rumah tangga..
hebatnya perasaan itu!!!
:'D

aku hanya mampu memberi nasihat..
untuk  mengamalkannya.. aku masih belum berpeluang.. :')
tapi... jika diberi peluang itu..
Insyalah aku tak kan persiakan..
aku akan jadikan wanita itu insan yang pertama dan terakhir bagiku..
walaupun aku tak mampu tapi aku akan usahakan..
sebab memang tu yang aku teringin nak lakukan dari dulu lagi.. :')

aku tak kisah walau sapa pun yang datang padaku..
asalkan dya terima aku..
aku akan usaha untuk terimanya lebih daripada dya terima aku! 
XD
kerana aku ingin menghargai orang yang menghargai aku.. :')
kerana menerima itu lebih manis daripada menolak...
* tu pun kalau ada lah yang nak kan aku.. hahaha.. XD

apa pun
aku gembira sebab empat orang yang aku pernah suka ni..
sekarang semua dah jadi kawan aku..
walaupun ada yang dah bahagia dengan pasangan yang menjadi pilihan mereka..
dan semestinya jauh lebih baik daripada aku...
tapi aku bangga diorang masih sanggup berkawan dengan aku..
R,S,H,D.
TERIMA KASIH KORANG
;D


*korang sebenarnya dah buat pilihan yang betul.. korang lebih layak dengan orang yang lebih baik untuk korang.. bukannya aku.. aku hanya menyatakan perasaan fitrah aku sebagai seorang lelaki.. maaf kalau menyusahkan korang semua... dan terima kasih kerana menerima aku sebagai seorang kawan juga.. :') *


Mungkin gambar ini boleh menerangkan sesuatu.. ;D