Thursday 26 April 2012

Kisah Aku dan MuZiK... #5

Assalamualaikum kawan2.. XD
hai~~~~~ lama tak post kat sini kan.. ^^'
biasalah.. kerja sekarang ni.. tak banyak masa yang terluang macam dulu dah..
sebut pasal kerja.. Alhamdulillah.. masuk harini genaplah dua minggu aku menjalankan tugas sebagai seorang anggota pengawal keselamatan di AEON JUSCO Seberang Perai City.. ;D
sepanjang aku keja sana.. oke laa.. tak da apa2 masalah.. semuanya baik2 saja.. :)
..hihi...
...
TETAPI~~~
post aku kali ni bukannya nak citer pasal tempat keja aku ataupun pengalaman keje aku sekarang..
tapi aku nak sambung citer pasal ''Kisah Aku dan MuZiK'' hahaha XD
untuk entry Aku dan MuZiK kali ni aku nak bawakkan satu tajuk yang agak best bagi aku... :)




~~~ST12~~~
hehe..
apa yang ada dengan ST12 ni???
hmm... sebenar benar benarnya kan... aku pun tak tau yang ST12 ni satu kumpulan dari Indonesia yang agak popular sampailaa aku mula masuk ke UiTM Puncak Perdana dan berkenalan dengan seorang makhluk bernama Hilmi Rusydi <--klik laa kalo nak kenal ngan dya.. XD
huhu sebelum ni lagu2 ST12 yang aku tau pun sejujurnya SATU jer hahaha..XD
tu pun lagu PUSPA sebab lagu tu pernah jugak popular di corong2 radio tanah air..
jadi aku kenal kalo ST12 ni lagu PUSPA jer laa hahaha XD

Kalo aku tak kenal Mamat tu mmg ni jer laa tanggapan aku terhadap ST12 hahaha XD

tapi disebabkan mamat ni lah.. aku mula kenal dengan lebih mendalam pasal ST12...
dya dah kenalkan aku dengan bermacam2 jenis lagu..
secara peribadinya aku memang seorang yang amat meminati aliran muzik yang mendayu2 ala2 jiwang karat ni kan..
lagu2 ST12 ni kebanyakkan ni memang mempunyai unsur2 yang aku minat..
lirik2 lagu yang nak disampaikan oleh penyanyinya, Charly memang sangat berkesan..
cara penyampaian lagu2nya amat menusuk kalbu.. TT__TT
antara lagu2 ST12 yang aku minat sangat adalah PUSPA, Jangan Pernah Berubah, Biarkan Aku Jatuh Cinta, Terlalu, Putri Iklan, Cari Pacar Lagi, Terluka, Tak Dapat Apa Apa, Setiaku, Sebuah Kenyataan, Saat Terakhir, MemujaMu, Isabella, Dunia Pasti Berputar, Cinta Tak Direstui, Aku Terjatuh, KebesaranMu, Anugerah Ilahi, Saat Kau Jauh dan yang paling aku layang sekarang neh... CINTA JANGAN DINANTI.. 
hahaha XD
siap jadik nada panggilan aku lagik..
*kalo sapa2 call aku lambat jawab tu sorry laa noh.. aku layan lagu tu jap.. nak jawab japgi tak sempat laa nak layan lagu tu hahaha <--mcm ni pon boleh ka?? :D
...
bagi peminat2 ST12 ni ada gelaran untuk mereka sendiri.. :)
kekadang daripada nama Facebook pun kita boleh tau yang dya ni peminat ST12..
gelaran mereka adalah "ST Setia" hahahaha XD

Bagi peminat-peminat ST12.. Ini adalah kebanggaan mereka.. ^^

kawan aku si Hilmi Rusydi tu pon guna gelaran tu.. :D
namanya Mie ST Setia.. :')
siap ada Fan Page lagik hahhaa XD
aku pun pernah jugak pakai gelaran ni dulu..
ramai gak kawan2 baru yang add aku daripada golongan ST Setia ni..
tapi sekarang aku tak nak guna dah nama tu.. :')
pertama sebab aku ni bukan lah sefanatik diorang..
tak semua lagu dan latar belakang ST12 aku tau..
dan yang kedua...
sekarang aku nak jadi diri sendiri...
aku tak nak berlindung lagi disebalik nama gelaran dan Profile Picture yang bukan melambangkan diri aku...
AKU ADALAH AKU !!!
hahaha XD
*okeh dah lari topik kejap.. ^^"
...
huhu
memang tak dinafikan...
lagu ST12 ni semuanya ada jiwanya yang tersendiri.. mana tidaknya..
Lagu2 ni semuanya dicipta oleh penyanyi dya sendiri.. Charly...

Vokalis kumpulan ST12 - Charly

semua lagu yang dicipta adalah berdasarkan daripada sejarah hidupnya..
daripada pengalaman dya ceritakan melalui lagu..
sebabkan tu lah lagu2 yang dicipta semuanya terasa dekat dihati.. :)
ianya adalah permaslahan yang berada disekeliling kita... XD
*aku dah mengarot~~
hihi aku bahagikan lagu2 ST12 ni kepada EMPAT kategori...

1) Syok Sendiri...(FOREVER ALONE) ='8}
2) Sedang Bercinta...(SAAT BAHAGIA) X'D
3) Putus Cinta...(DIKECEWAKAN) TT^TT
4) Keredhaan...(DALAM PASRAH) =')
*nombor 4 tu tak dak kena mengena dengan sapa2 naa.. -,-

1) FASA Syok Sendiri...(FOREVER ALONE)
antara lagu2nya adalah :-
i. PUSPA..
ii. Putri Iklan...
iii. Biarkan Aku Jatuh Cinta...
iv. Cinta Jangan Dinanti...
huhu kenapa aku kategorikan lagu2 ni sebagai syok sendiri??? hmm iyalaa.. semua lagu ni adalah mengenai seseorang yang sukakan seseorang tetapi tidak menyatakan hasratnya kepada orang yang disukainya... lebih memilukan apabila orang yang dya suka tu sebenarnya dah ada orang lain ataupun tak suka dekat dya.. ='8}



i. ST12_-_Putus_Saja_Pacarmu (PUSPA)

Kau gadisku yang cantik,
Coba lihat aku disini,
Disini ada aku yang cinta padamu...

Kau gadisku yang manis,
Coba lihat aku disini,
Disini ada aku yang sayang padamu...

Walau kutahu bahwa dirimu,
Sudah ada yang punya,
Namun kan ku tunggu sampai kau mau....

Jangan-jangan kau menolak cintaku,
Jangan-jangan kau ragukan hatiku,
Ku kan slalu setia menunggu,
Untuk jadi pacarmu...

Jangan-jangan kau tak terima cintaku,
Jangan-jangan kau hiraukan pacarmu,
Putuskanlah saja pacarmu,
Lalu bilang I Love You... Padaku...

# aku pernah terbaca di klip video lagu PUSPA ni di laman You Tube.. ada yang bagi komen bahawa lagu ni adalah lagu yang jahat.. ada jugak yang cakap lagu ni happening2 gitu... tapi sebenarnya bagi orang2 yang memahami situasi sebenar (macam aku XD) dya akan paham.. sebenarnya ni adalah lagu yang sangat sedih~~ :'( mengenai seorang lelaki yang amat meminati seorang wanita.. dya tidak menyatakan hasratnya kepada wanita itu.. dya cuma meminati wanita itu yang sebenarnya telah mempunyai seorang teman lelaki.. dia tak mengganggu pun hubungan mereka.. dya cuma mengharap yang suatu hari nanti wanita itu sedar yang sebenarnya ada seseorang yang menyintainya... 8DDD 


ii. ST12_-_Putri_Iklan

Aku yang terlelap sendiri,
Terlelap sampai tak sadarkan diri,
Ku lihat sang pujaan hati,
Datang melangkah terus menghampiri...

Namun sungguh sayang,
Kau hanyalah sebuah mimpi,
Terbangunkan pagi bersama matahari...

Aku bergetar di sentuh dia,
Mataku terbang sampai ke langit,
Tubuhnya pun indah ku pandangi,
Putih mulus dan seksi...

Tak jauh seperti sang bidadari,
Kan ku peluk dia sampai mati,
Rambutnya pun indah bagai putri,
Mirip iklan di TV...

# Ni baru betul syok sendiri ahaha TT__TT lagu pasal seorang lelaki yang meminati seorang gadis.. baginya gadis ini memang sangat sempurna dimatanya.. dya cuma memuji2 dari belakang kerana dya sedar sapa diri dya.. :') dia tak mungkin memiliki gadis yang sehebat itu..


iii. ST12_-_Biarkan_Aku_Jatuh_Cinta

Mata ini indah melihatmu,
Rasa ini rasakan cintamu,
Jiwa ini getarkan jiwamu,
Jantung ini detakkan jantungmu...

Dan biarkan aku padamu,
Menyimpan sejuta harapan,
Aku padamu,
Rasa ini tulus padamu,
Takkan berhenti,
Sampai nanti ku mati...

Biarkan aku jatuh cinta,
Pesona ku pada pandangan,
Saat kita jumpa,
Biarkan aku kan mencoba,
Tak perduli kau berkata,
Tuk mau atau tidak...

# huhu lagu ni pulak berkisah tentang seseorang yang sangat mencintai seseorang gadis itu sehinggakan dya sangat bertekad untuk mencintai gadis itu walau dengan cara apa sekali pun.. dia tetap ingin mencuba dan terus menunggu.. tak peduli sama ada si gadis itu menerimanya atau tidak.. apa yang pasti dya mencintai gadis itu sepenuh hati.. :')



iv. ST12_-_Cinta_Jangan_Dinanti

Biar kuungkap cinta,
Cinta begitu besar,
Biarkan itu menjadi,
Rasa indah yang ku miliki...

Cinta tak sepantasnya,
Tertutup tertepis saja,
Biarku ungkap semua,
Perasaanku terhadap mu...

Ku pasti bisa bahagiakan dirimu,
Secepatnya sebekunya takkan perasaanku,
Selama ini...

Biarkan kini ku tunggu pasti,
Jawabanmu membalas cintaku,
Cintamu jangan dinanti-nanti,
Cintaku pasti kan sampai mati...

Janganlah ada ragu dihati,
Ku tak akan membuatmu terluka,
Cintamu jangan dinanti-nanti,
Cintaku tulus kan sampai mati...

# Berbeza pulak dengan lagu ni.. :) Cinta Jangan Dinanti... daripada tajuk lagu pun kita boleh tau apa yang nak disampaikan.. mengisahkan tentang seorang lelaki yang menyukai seseorang gadis.. sepenuh perasaannya telah menyatakan hasratnya.. tetapi gadis yang disukainya itu masih tidak membalas cintanya.. X'D dan dya masih menunggu jawapan gadis itu sehingga sekarang.. syok sendiri... X'D

...
alamak... panjang laa pulak aku dok membebel pasal tajuk ni kalini hahaha XD
sorry laa memang aku banyak mengarut kalini..
walaupun korang tak paham apa yang aku cuba nak sampaikan..
biarlah aku seorang sahaja yang memahaminya.. :')
aku tak pandai nak pahamkan orang pasal perasaan ni.. XD
main bantai jaa... hahaha... 
sampaikan seorang kawan kelas aku pernah cakap dengan aku.. :')
aku ingat lagi.. waktu tu dekat dalam umah aku (di kolej UiTM).. 
penghujung bulan 3 dah nak balik dah cuti sem 2...
dya cakap ngan aku...
"azam.. aku tengok ko ni macam orang tak de perasaan jer.."
hahaha.. luarannya memang laa aku ketawa.. tapi dalaman aku???
tak daa sapa yang taw.. TT__TT
oke tak larat daa nak taip panjang2 hahaha XD
sebenarnya ada banyak lagik cter pasal ST12 dengan diri aku ni.. :)
tapi mungkin nantilah aku sambung pada entry yang seterusnya ea.... :'D

TERIMA KASIH SEBAB SUDI BACA KEMENGAROTAN AKU INI.. 
= ' )



Tuesday 17 April 2012

Kisah Aku dan MuZiK... #4

Assalamualaikum... ^^
huhu tima kasih sebab sudi meluangkan masa membaca new entry aku ni hihi.. XD
Alhamdulillah setelah 5 hari melapor diri sebagai seorang pengawal keselamatan atau lebih dikenali sebagai 'Pak Gad' di JUSCO.. aku tak menghadapi sebarang masalah.. :)
untuk entry kalini aku just nak sambung cerita pasal 'Aku dan MuZiK' XD
*sebenarnya baru balik keja tak tau nak buat apa.. jadi apa lagi.. menaiplaa kawe ohohoho..
...
Nasyid......
hmm... mesti ramai yang tak sangka aku ni ada cerita jugak pasal nasyid kan.. ^^
tapi sebenarnya ada jugak kisah aku dengan Nasyid ni.. XD
mak aku pulak jenis yang memang minat lagu2 nasyid ni.. :)
dari kecik lagi mak memang suka pasang kaset Nasyid Kumpulan Raihan.. :D 
nak dodoikan adik2 aku tido dulu pun dodoikan dengan lagu nasyid woo~~ 
*tp masa dodoikan aku waktu kecik aku tak ingat lak mak nyanyi lagu apa hahaha XD
jadi sekurang2nya ada jugak laa lagu nasyid yang aku tau.. hehe ^^"
bagi aku.. aku minat kumpulan Rabbani.. XD
ni pun sebab dulu aku tengok Akademi Fantasia 3.. Mawi nyanyi lagu Intifada ngan Pergi Tak Kembali...
pergh.. memang minat gilaa laa waktu tu hahhaha XD
"merdu lafaz syahdu... jiwa pun merindu merakam rasa kalbu.. gemersiknya lagu.. angin kota cahaya.. bertiup berarak kencang meredah maya.. hanya untuk Dia..." Rabbani_Intifada..
lirik dya memang unik.. aku suka kata2 dalam lirik ni.. ada maknanya..  :')
huhu..
time sekolah rendah dulu ada laa niat dalam hati nak join kumpulan nasyid sekolah bertanding..
tapi niat ajalaaa.. tak pernah suarakan sebab aku ni dulu pemalu tahap tak masuk akai.. XD
sampai laa ada satu hari... Ustazah bagitau kata ada audition untuk pilih ahli kumpulan nasyid yang baru..
audition tu dibuat pada waktu petang di kantin sekolah sebab kat kantin tu ada pentas kecil..
lagu untuk ujibakat adalah lagu daripada kumpulan Raihan - Labbaik Allah Humma Labbaik.. :)
aku memang hafal abis lagu tu.. XD
waktu tu memang aku nak masuk giller laa..
tapi bila pikir balik audition tu buat ditempat terbuka.. malu laa aku!!!
arrggghhh!!! malu tak malu.. sedar2 aku dah naik pentas gak petang tu hahaha XD
mungkin gemuruh yang teramat sangat kot... bila aku nyanyi atas pentas tu aku rasa macam nak pitam.. XD
sekali suara aku tak keluar daaa hahhaa XD
dipendekkan cerita maknanya memang fail laa.. xdak maknanya nak dapat kalau dah jadi mcm tu ahaha XD
hey... malu kot.. tak sangka aku petang tu ramai jugak orang yang nak ujibakat.. yang mai tengok pun ramai.. makcik2 yang nak amik anak dya balik sekolah pon ada.. makcik kantin lagi hahaha XD
malu cek malu~~~ xpa3.. nasib tu cerita lama.. 
hahaha tapi bukan setakat tu saja minat aku nak join nasyid.. 
aku tetap teruskan niat tu sampai ke sekolah menengah..
kebetulan kawan2 lelaki dalam klas aku ni memang minat buat2 persembahan ni..
sketsa laa.. teater laa.. nyanyi laa.. macam2 lagi yang diorg ni aktif.. aku sebagai salah seorang ahli dalam kelas tu pun kadang kala ikut serta jugak.. XD
sampai laa tingkatan empat.. :)
aku ingat lagi hari tu adalah hari kokurikulum di sekolah aku.. :D
ada macam2 pertandingan yang dipertandingkan..
di bahagian Pendidikan Islam ada syarahan agama, hafazan, bacaan al-Quran, dan juga nasyid.. ^^"
budak2 kelas aku memang dah berpakat nak join pertandingan nasyid tu.. XD
kami dah berpakat nak bawak lagu UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu..
kawan aku yang sorg ni siap buat minus one lagi utk lagu tu.. XD
sehari sebelum hari kokurikulum tu kami siap ponteng klas pegi surau nak berlatih punya pasal.. XD
*sampai kena panggil dengan ustazah.. ==''

Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu dendangan UNIC menjadi pilihan kami

dan........ tibalah hari pertandingan itu... pertandingan ni dibuat dalam kelas jaa.. :D
jadi tak tebukak sangat.. ^^
kawan2 aku yang lain bercadang nak pakai baju melayu masa pertandingan.. dengan semangatnya aku pun pakai laa baju melayu dari rumah lagi.. warna merah menyala pasti akan menarik perhatian sesiapa yang memandangnya.. XD
sekali sampai sekolah... arrggghhh!!! semua orang pakai baju sukan.. aku sorang jaa yang pakai baju melayu?! kawan2 aku??? cis!!! depa pun pakai baju sukan jugak! rupa2nya depa simpan baju dalam beg.. 
nanti baru nak tukaq katanya.. ==''
aku terpaksa laa tahan malu.. adess.. ==''
first masuk kami kena cabut undi.. dan Alhamdulillah.. group nasyid kami dapat nombor last untuk buat persembahan haha XD
canteklaaa lepas tu tak dak orang dah.. tak laa malu sangat kan.. ^^
sekali ustazah tanya nama kumpulan daa~~ adoi.. kami tak penah terpikir pulak pasal nama kumpulan..
punya lama nak pikir.. nama kumpulan pun makan masa nak pikir sampai ustazah sendiri yang bagi nama kat kumpulan kami hahhaa XD
Fi Sabilillah... :) 
Orang yang berjuang ke jalan Allah..
oke laa nama tu.. ^^
hihi.. sementara nak tunggu time kami perform.. kami semua jalan2 dulu sekitar sekolah tgk aktiviti2 yang diadakan.. aku tengok kawan2 aku yang lain ni semua dah pegi jauh.. maklumlaa depa pakai baju sukan.. aku ni pakai baju melayu.. jadi terpaksa laa stay dekat Panitia Pendidikan Islam saja.. =P
*bukan tak boleh nak jalan tapi segan laa kalau org tengok aku sorang jaa yang lain darpada yang lain! 
kebetulan dah ada dekat situ aku pun test laa nasib masuk syarahan agama.. :D
*skrip aku baru dapat on the spot.. org lain semua dah dapat skrip awal seminggu.. aku jaa baru daftar haritu dan terus masuk bertanding...
daann... Alhamdulillah!!! aku dapat nombor tiga dalam pertandingan syarahan agama tu! :'D
terharu giller.. padahal aku baca ketas jaa.. XD
tapi bila pikir balik.. memang patut pun aku dapat nombor tiga sebab yang bertanding pun tiga orang jaa.. 
hahaha lawak kot! X'D
buat malu jaa.. huhu ^^"
hahaa.. xpe laa tu hanya sekadar selingan.. ^^
sampai laa masa kumpulan kami buat persembahan... :)
kawan2 aku yang lain semua dah tukar baju melayu masing2..
kami pun menuju ke tempat bertanding..
*ala2 juara...
sekali masuk orang semua dah tak ada.. kumpulan kami jaa..
hahaha XD
kami tutup semua pintu dan tingkap.. *sebab tak mau bagi orang tengok malu~~
hahaha ustazah geleng kepala jaa xleh nak kata apa dah dengan kami yang pelik nih.. 
dah laa baju pun tak seragam.. ada baju merah, ada baju biru, baju hitam, cekak musang, baju melayu johor.. adoi.. lintang pukang kumpulan kami ni haha..
dengan ada yang pakai songkok, pakai kopiah, yang tak pakai songkok ngan kopiah pun ada.. XD
hahaha.. adoi tak leh ingat aku! X'D
huhu nak dijadikan cerita kawan aku pun bagi laa minus one tu dekat ustazah..
sekali ustazah cakap minus one tak boleh pakai daa~~~
kena pakai alat muzik sendiri.. =.=
adoi~~~ kami yang semakin ketandusan idea pun pegi laa pinjam alat2 muzik dekat kumpulan2 nasyid yang dah lepas.. 
akhirnya kami dapat, kompang, gendang dan alat muzik yang bunyi 'keceeng keceeng keeceng" tu.. 
yang bising bunyi dya tu huhu.. ^^"
disebabkan kumpulan kami ni banyak sangat masalah.. ini telah menarik perhatian pelajar2 dari luar untuk tengok apa dah jadi dalam kelas tu.. 
pintu dibuka dan pelajar semakin memenuhi ruang dalam kelas sebab nak tengok kami buat persembahan..
ahahaha adoi~~ masalah ni.. apa yang lagi masalahnya adalah aku kena main benda yang bunyi keceng keceng keceng tu.. XD
kami pun memulakan nasyid kami...
"kuu pendamkan.. perasaan ini... ku rahsiakan... rasa hati ini~~"
maka meriahlah ruangan didalam kelas yang kecik itu...
bukannya meriah dengan bunyi alat muzik dan lagu yang kami nyanyikan..
tetapi meriah dengan gelak tawa pelajar2 lain yang turut menyaksikan peristiwa bersejarah itu..
mana tidaknya.. alat muzik yang kami main langsung tak ikut irama lagu.. main bedal ikut dan jaa...
gendang dipalu sesuka hati.. kompang di hempap sesuka hati.. dan aku.. keceng keceng keceng sampai tak ingat dunia hahaha XD
mana tidaknya! kami ni mana pernah main alat2 muzik ni.. berlatih pun tidak hahhaa...
situasi pelajar lain waktu itu adalah seperti sedang menonton Raja Lawak Final..
semua pelajar ketawa melihat aksi kami yang serba tak kena...
aku sempat menjeling kemeja juri..
kelihatan Ustazah sedang menundukkan kepalanya sambil tangan kanan dan kirinya menutup bahagian kepalanya seperti orang yang sedang tidur dalam kelas.. 
badan ustazah kelihatan bergerak2 seperti kanak2 yang tersedu..
aku yakin ustazah sedang cuba mengawal perasaannya daripada ketawa..
dan sangkaan aku tidak meleset! kerana sebaik sahaja ustazah mengangkat kepalanya.. kelihatan wajahnya yang putih melepak itu menjadi merah menyala sambil giginya yang putih bersih itu tidak dapat ditutup lagi oleh bibirnya sambil berkata "sudah sudah cukup cukup!!"
dan selepas kata2 itu dilontarkan, ustazah terus tergelak kecil tidak dapat menahan lagi rasa lucu didalam hatinya itu..
kami memberhentikan persembahan kami dan kami turut ketawa bersama2 dengan apa yang kami telah lakukan tadi.. XD
dan........ ketika mengumumkan juara kumpulan nasyid itu.. kami berasa sangat berbangga.. bukan kerana kumpulan kami menang tetapi kumpulan yang meminjamkan alat muzik mereka kepada kami itu yang mendapat gelaran juara..
kumpulan kami??? entah kami sendiri pun tak tahu berada dalam kedudukan keberapa kerana tidak dimaklumkan.. hanya ustazah yang selaku juri sahaja yang tahu kami berada pada kedudukan yang keberapa.. :)

Ni laa alat muzik yang aku panggil "Keceng keceng keceng" tu.. Aku tatau nama dya hahaha.. XD

Sunday 15 April 2012

#1 SeDiKiT PeRKoNGSiaN iLMu... :)


Assalamualaikum..
Wahai sahabat seakidahku.. Dengarlah pesananan ini :
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja.Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup,tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.
4. Jika engkau menyintainya,binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu,yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu,maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating,cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
9. Jika engkau masih belum bercinta,tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah,kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

*credit to http://kurakura.my/10-nasihat-orang-bercinta/   =)

Praktikkan ajaran yang baik.. Jauhi perkara yang tidak elok.. ;)

Friday 13 April 2012

Aku seorang SeKuRiTi... 8DDD

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu... ^^"
Hai semua~~~ ;D
Lama aku tak post kat sini tapi kat Facebook belambak2 aku post ahahaha XD
Adoi~~ bukannnya apa.. =..=''
Kuota Broadband aku dah abeh..
Nak bukak Facebook ngan Google pon loading terketaq2..
=.=''
Lagik laa nak bukak dashboard blog ni huhu.. ^^"
Tadi nak bukak utk login Blog ni pun adoi~~
makan masa berpuluh minit.. 
Nak bukak new post.. laaagii laa.. XD
tak larat nak tunggu huhu..
tapi........ yang tu semua tak penting..
yang penting harini aku nak update blog jugak!

Ni laa dya buktinya... sampai aku dah abih taip post ni pon dya tak gerak2 gak..  ==''

...
Ter'update'nya blog harini bukanlah sebab nak sambong cter pasal 'Aku dan MuZiK' tu hehe..
Bab 'Aku dan MuZiK' tu ada empat chapter lagi.. 
'Nasyid',  'ST12', 'Jiwang Kembali' dan 'Aku bersama Gitar'..
*tak leh blah aku dah buat senarai semua cukup ahahhaa XD
argh! biarkan.. :3
updatenya blog harini sebab aku nak jugak simpan cter pengalaman pertama aku masuk keja harini!!! XD
lembab pon lembab laa..
benda boley tunggu.. :p
huhu..
...
Kelmarin..... Semalaman aku tak tido.. Aku tengah gigih menyiapkan satu skrip teater untuk kawan aku.. ^^"
kerja2 menaip skrip tu dilakukan pada jam 9malam (11 April 2012) dan berakhir pada jam 10.30pagi (12 April 2012)..
aku cadang nak nak je tido petang tu..
tetiba..........
"Ohh... ohh ohhohoho~~ Biarku ungkap cinta.. cinta begitu besaaarr... Biarkan itu menjadi rasa indah yang ku miliki~~~" - ST12_Cinta Jangan Dinanti..
Ahahaha.. tu bunyi henpon aku lah!
ada orang call... :3
nombor yang tak dikenali... = =''
cuak2 pon aku angkat je laa.. aku tak penah buat salah apa2 kenapa aku nak takut lak kan.. ^^"
sekali aku angkat operator Jusco daa.. :D
rupanya permohonan utk mintak keja kat situ diluluskan.. ^^
Alhamdulillah.... =D
akhirnya usaha aku tak sia2... :)
tiga tempat aku pegi wat muka tak malu mohon keja...
dah dekat 2 minggu... satu pun tak panggil aku masuk keja..
sekali JUSCO lak panggil aku... Alhamdulillah.. ada rezeki aku.. huhu..
Dya mintak aku pegi temuduga dulu pukul empat petang haritu jugak.. ^^"
alamak.. aku ni dah laa tengah pening2 lalat.. = =''
ngantok yang amat.. nak je aku tido pkul sebelas tu sementara nak tunggu pkul empat..
tapi xleh.. aku kena amik adik aku balik sekolah pukul 1 ngan pukul 2 petang..
kalo aku tido sapa nak amik diorg balik sekolah..
mau tak mau aku kena gak laa tahan kejap..
walaupun ngantok tahap nak tido.. <-- ada kaa macam ni? =..=
tapi aku tetap pergi jugak temuduga petang tu!
Rezeki bang.. sapa nak tolak.. sekurang2nya ada gak duit masok poket nak bayar yuran masuk belajar nanti.. =D
huhu.. temuduga petang tu cantek jaa.. :D
walaupun aku sesat dua kali dalam Jusco tu.. 
*bukan sesat dalam Shopping Kompleks.. Sesat sbb nak cari pejabat..
tapi akhirnya aku jumpak jugak.. XD
berjalan lancarnya temuduga tu telah menyebabkan aku diterima masuk bekerja disana dan aku dikehendaki memulakan khidmad pada keesokan harinya juga!
*tu dia amik hang keluaq dah bahasa baku aku.. :3

Tempat kerja aku sekarang... =D

...
13 APRIL 2012
First day aku masuk keja sebagai Pengawal Keselamatan di AEON JUSCO Seberang Jaya..
Macam biasa aku bangun awal dalam pukul 6.30pagi aku dah jaga..
walaupun aku masuk keja pukul 9 pagi tapi aku kena antar adik aku pegi sekolah dulu pukul 7pagi..
pastu takkan nak tido balikkan???? XD
apalagi..... on9 laa jawabnya ahahaha XD
okeh3 sambong balek.. =..=
aku gerak dari rumah dalam pukul 8.35pagi.. dalam 8.55pagi aku dah sampai sana sbb dkat jaa tak laa jauh sangat.. :)
sekali sampai sana baru aku teringat! aku nak menuju kearah mana nih! mana aku nak lapor diri?! argghhh!!!! bengongnyaa aku boleh lupa tannya kat org yg interview aku semalam adess~~  = =''
orang cakap malu bertanya sesat jalan... disebabkan aku tak mau sesat lagi.. lpas paking moto aku pun trus laa tanya org yang ada dkat situ mana tempat pekerja check in.. dya pon tunjuk laa jalan cantek punya jauh.. aku kena pusing 2 blok Jusco tu.. = =''
semangat punya pasal aku tak pikir dah penat semua tu.. aku gagahkan diri jugak jalan kaki.. 
*baguih punya moto ada tak mau pakai.. (lupa sebenarnya yg aku ada moto sekejap..) ^^"
sekali sampai dkat staff entrance.. sekali lagi aku kena halau.. 
*bukan halau mcm halau ayam tu.. ni mcm kena arah pegi tempat lain laa.. =..=
tu bukan entrance utk sekuriti! tu entrance utk pekerja lain.. mana aku tau sekuriti ngan pekerja laen punya entrance tak sama.. :3
rupanya sekuriti punya entrance dkat ngan tempat aku parking moto tadi ahahaa XD
sekali lagi aku jalan mengelilingi 2 blok JUSCO yang amat besar itu XD
*memang aku exersise abih pagi tu.. :3
ahhahha.. nasib harini first day.. selamat aku tak kena apa2 tindakan.. jadi aku pun dibawa oleh seorang Supervisor, En Aznan atau lebih dikenali dengan nama En. Nan yang berpangkat Sarjan disitu.. :)
Dya bawak aku ronda2 satu Jusco sambil menerangkan macam2 benda kat aku.. 
*serius aku cakap aku tak ingat sangat apa yg dya cakap sbb aku takut tgk dya pegang cota.. ^^"
huhu...
lepas dya bawak aku meronda sampai pukul 10pagi.. dya bawak aku pegi bukak pagar2 utk pelanggan masuk ke store membeli belah.. 
lpas daa buka keja kami adalah untuk memberi greeting.
*lain sekuriti lain kejanya.. kebetulan pagi tu En Nan kejanya bahagian greeting..
Greeting ni maknanya macam sambut kedatangan pelanggan lah.. 
bagi salam pastu senyum semesra mesranya.. :D

Senyum semesra-mesranya dalam memberi GREETING... 8DDD

dalam barisan greeting tu selain dari pada kami dua orang.. ada lagi lima orang pekerja dalam shopping komples tu.. erk Promoter tak silap nama keja diorg.. ^^"
diorg pun tolong greeting gak.. :D
sekali dalam lima orang tu ada pekerja baru jugak daa... tengah training...
aku bukan saja2 nak usha.. tapi aku mmg kena usha!
erk.. awek yang duduk belakang rumah aku tu bhai!
macam mana dya boleh ada dkat situ! 
arggghh!!! malu giller aku! bukan sebab aku ni sekuriti.. 
tapi... aku malu sebab pakaian aku pagi tu mmg compang campinglah! ngan t-shirt putih berkedut, seluaq slack koyak kat poket, kasut berlubang.. T_T
yang dya baru masuk daa pakai kemeja ngan vest sebagai pekerja dalam JUSCO..
aku ni kalo dah keja tiga bulan baru dapat uniform.. =..=
argh! aku tak kira.. aku malu jugak ahaha XD
adoi~~ dya pon tengah cuti sem gak sebenaqnya.. satu badge ngan aku jaa time sekolah menengah dulu..
skrg dya study MASCOM dkat UiTM MELAKA.. 
first choice aku dalam UPU tuu~~.. T_T
huhu.. xpe laa.. daa rezeki dya.. :D
rezeki aku TEATER di Puncak Perdana!!!! XD
Laaaaggggiiii best!!!! :P
huhu.. xpe laa.. dipendekkan cerita lpas abis greeting tu En. Nan bawak laa aku pegi ronda lagi.. :)
banyak yang aku belajar harini.. XD
aku kenal macam2 jenis orang..
aku ingatkan Sekuriti2 ni semua serius2.. mcm tentera.. tapi jangkaan aku meleset hampir 90%!!!
sekuriti kat sini semuanya mcm remaja belasan tahun.. walaupun daa berumur..
mana taknya.. bergurau tak sudah.. kacau org tu kacau org ni.. gelak kat sana gelak kat sini..
diorg ni memang rapat antara satu sama lain.. time buat keja serius.. tp bila jumpak geng tau nak nyakat jaa..  :3
tapi serius aku senang dengan depa semua ni.. semua sporting2 habes!!! 
layan aku baik sangat! ajar aku macam ajar anak2 sendiri.. borak dengan aku mcm borak dengan geng kedai kopi! X'D
aku harap aku dapat bertahan lama disini.. :')
sebolehnya masa sebulan setengah yang diorg bagi dkat aku.. dapat aku manfaatkan dengan baik.. :')
walaupun aku keseorangan disini.. aku datang sendirian.. aku tak ada kawan..
tapi................ aku tak kesah!!!
aku perlu berusaha untuk menyara makan anak bini aku kat rumah!
woit! pampers dah dah seminggu tak beli taw! susu anak aku kat umah tu dah nak abeh tarikh luput! kalo aku tak keja sapa nak sara anak bini aku kat rumah tuh!!!
okeh aku mengarut.. =,=
...
sedikit sedutan cerita aku didalam bilik kawalan CCTV..
13 APRIL 2012 (4.00petang)

En. Nan : Disini tempat kita tengok apa yang orang buat melalui CCTV.. dalam ni ada 9 skrin TV dan 137 pandangan daripada CCTV dalam kawasan ni..

Aku : ooo... 

En. Nan : Kalau ada apa2 yang jadi.. kita boleh rakan disini.. kadang2 alarm ni bunyi (sambil tunjuk satu lampu).. kalau dya berbunyi kamu tekan saja butang ni (sambil menunjukkan satu butang)..

Aku : erk.. kenapa alarm tu berbunyi En. Nan? tu tanda ada org curi barang ka?

En. Nan : bukan laa.. alarm tu daripada cashier.. utk cashier mudah panggil kita atau ada apa2 masalah cashier akan tekan butang tu.. tapi selalunya depa tertekan sendiri sbb butang tu duk bawah meja.. tersentuh dengan paha..

Aku : ooo macam tu rupanya huhu..

En. Nan : kamu jangan risau.. sini simple jaa xdaa masalah.. kamu boleh skodeng orang dari sini tgk ni..

(En. Nan membesarkan skrin CCTV dan memusingkan kepala kamera itu kesekeliling kawasan.. Kamera CCTV di Jusco ini sangat hebat kerana kesemuanya boleh berfingsi untuk memutarkan kepala 360 darjah.. boleh zoom in dan zoom out dan menjelaskan pemandanga.. kamera yang En. Nan pusingkan berhenti pada sekuriti yang sedang asyik bersembang dengan seorang promoter ketika dalam tugasnya..)

En. Nan : Hah! inilah masalah orang2 lama kita.. nak tegur pun dah tak boleh tgk la tu bersembang waktu........(En. Nan terus berleter dan terlintas dalam pikiran aku... "Laa ni kaa maknanya skodeng.. patut laa org cakap skodeng tu bahaya.. rupa2nya boleh menyebabkan org berleter panjang..")
ahahaha... tiba2 En. Nan mengubah topik..)

En. Nan : Hmm kamu belajar dekat Shah Alam kan?

Aku : Ha'ah dekat UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.. (dengan nada bangga!)

En. Nan : Kos apa?

Aku : Saya belajar seni persembahan, lebih kepada bidang teater..

En. Nan : Waa... lepas ni kalau tak cukup pelakon panggil laa saya.. :D

Aku : Hehe.. (sebenarnya En. Nan ni adalah orang yang ke 7 cakap benda yang sama.. sebelum ni bila ada sekuriti lain yang tanya pasal pelajaran aku.. semua bagi reaksi yang sama.. "kalau xcukup pelakon ambil kami.." hahaha minat berlakon semua nii sampai En. Nan pun nak.. XD)

En. Nan : Hmm awek orang mana? (tetiba soalan killer hati dya bagi kat aku)

Aku : Erk.. saya mana ada awek...

En. Nan : Eleh jangan nak tipu dengan saya laa.. saya tengok budak2 universiti ni semua ada awek..

Aku : Oooo kawan2 saya ada laa.. saya tak dak huhu..

En. Nan : Ooo tak pa tak pa.. saya doakan kamu cepat dapat awek.. ada awek ni semangat skit nak belajar betul tak..

Aku : Huhu.. (padahal dalam hati aku.......... Oh patah seribuu haaatikuu~~ bila mengenangnyaaa~~~)

(hahaha aku tak sangka yang En. Nan sanggup buat aku mcm ni.. bila pikir balik... aku sorg jaa kat sini.. xdaa kawan.. aku bawak diri sesorang.. semua org ada bawak geng.. tapi aku... ALONE~~)

TT^TT

Azam Sekuriti    TT_TT



Sunday 8 April 2012

Kisah Aku dan MuZiK... #3

Assalamualaikum.. :)
*bertekad untuk sambung jugak "Kisah Aku dan MuZiK"!!! hehehe..
...
sebelum ni.. empat tahun aku berkecimpung dalam minat terhadap muzik nih.. <--apa ke ayat aku buat nih.. =..=
hahaha... daripada start aku minat lagu time darjah 4 tu.. aku layan lagu lama2 jaa..
lagu jiwang2 zaman 80an dan 90an hehe..
B.P.R.. AXL's... Ukays.. Spring.. Spin.. Slam.. Exist.. Massa.. Spoon.. Dinamik.. Ekamatra... Mega... May... Lefthanded.. Wing.. Arror.. lagi banyak laa lagi hahaha..
hihihihi memang zaman tu aku tangkap jiwang gila2 laa...
"Datang hampir senjaaa... Sedang aku merangkak dan kehausan.. Cinta itu!" - BPR_Dari Sinar Mata..
"Andai... engkau berduukaa.. akuu yang pertama disisi.. Andai ekngaku bahagia aaaku kan teruusss... berdoa semoga suatu masa.. pintu hatimu kan terbukaa...." - AXL's_Akulah Kekasihmu..
"Pada... Irama ku berpesan! lagu ini ditujukaannn padanya yang ku sayaaanng~~~" - Spring_Sejiwa..
"Sayu haatiii.... sayu sekalii.... melihat engkau berpimpin tangan dengan sidiiiaaaa..." - Spin_Mengusung Rindu...
hahaha jiwang gler hehe..
*tapi tak penah mengayat awek laa dengan tahap jiwang mcm ni harap maklum.. ^^*
...

Kumpulan Bumi Putra Rockers a.k.a BPR
...
start aku form 2... :)
aku dapat handphone drpd ayah aku! XD
hahaha... dan dari situ laa aku mula mendengar radio... =8}
*sebelum ni pun mmg dah ada radio.. tp kat umah mak laa.. aku duk dengan tok aku.. jadi jarang dengar radio.. ^^"
jadi bila dah ada radio nih.. aku mula lah berjinak2 dengar lagu2 baru masa kini.. <--cheewaahh ayat xley blah!
aku mmg stay dengan ERA laa tiap malam.. ^^
aku ni problem skit.. kalo nak buat keja skolah kena sunyi sepi..
kalo ada bunyi bising2 ni pikiran aku terganggu..
tapi dalam masa yang sama dulu aku ni penakut.. ^^"
rumah tok ni tak daa org.. ada aku, wan ngan tok jaa..
wan ngan tok pukui 9 daa tido...
aku ni tido awal gak tapi kalo ada keja sekolah tu terpaksa laa stay up kjap nak siapkan...
jadi mau tak mau terpaksa laa dengar radio... hehehe.. :D
dari situ laa aku mula knal lagu2 terbaru.. ^^
antara lagu yang paling aku ingat laa kan...
lagu Kaer_-_Izinku Pergi huhu.. ^^
sebab lagu ni pun ala2 jiwang karat gitu kan hehe.. XD
*apa pun still dengan genre ala2 "jiwang" hahaha XD

Hihihi... ^^

...
lagu inggeris?????
hahaha YES! ni laa problem aku hahaha.. XD
sampai sekarang xbrapa nak ada lagu inggeris yang melekat dalam kepala aku nih.. ^^"
*masalahnya aku ni lemah skit dalam bahasa penjajah ni.. ^^"
tapi! ada satu lagu inggeris yang aku masih ingat sampai sekarang... =8}
*merangkap lagu inggeris pertama yang aku minat!
hihihi ceritanya bermula dengan satu Konsert Akademi Fantasia... XD
*Akademi Fantasia 3 xsilap aku.. yang ada Mawi tuh.. :P
huhu.. ada sorg peserta ni.. nama Aidil... Aidil AF3.. aku tak laa minat dya sangat... tp dya dah buat aku minat satu lagu inggeris yang bertajuk I Don't Wanna Miss A Thing... XD
sebenarnya bukan sebab minat apa...
lepas aku tgk konsert malam tu.. *kat TV ler... -_-''
aku trus sambong wat keja skolah dalam bilik...
macam biasa sbb takot sunyi aku pasang ler radio dalam henpon aku tu... =..=
sekali dya kluar lagu yang sama daa...
aku dengar nama dyaa... Aerosmith_-_I Don't Wanna Miss A Thing...
"I could stay awake.. just to hear you breathing... watch you smile while you are sleeping.. well you're far away dreaming..." - Aerosmith_I Don't Wanna Miss A Thing...
hihihi.. walaupun aku tak paham apa yang dya cakap...
*waktu tu laa aku tak paham.. skrg daa paham daa.. ;D
tapi aku tak tau kenapa setiap patah kata yang dya cakap tu aku rasa mcm ada sesuatu yang mengetuk jiwa aku hahaha XD
kiranya aku nak cakap mcm ni lagu jiwang laa tapi versi inggeris.. ^^
hihihi...

Lagu ni jugak adalah lagu tema untuk Filem "ARMAGEDDON" hehe.. best cter dya!!! 


Kisah Aku dan MuZiK... #2

Assalamualaikum.... :D

Bertemu di sambungan kisah "Aku dan Muzik!!!" :D :D :D
hihihi ^^
...

Kumpul lirik lagu??? :D

okeh ni sambungan cerita aku lpas tragedi ter"berkaraoke" tuh.. ^^" <--sempoi tak ayat.. XD
waktu tu umo aku baru 10 tahun.. :D
hujung tahun nak naik darjah 5 dah.. XD
huhu.. mulai dari darjah 5 aku mula minat untuk kumpul lirik lagu! XD
aku ingat lagik lirik lagu pertama yang aku salin dalam buku nota laporan sains.. XD
lagu~~~~ BOBOY - DEMI MASA yg first aku karok dulu tuh hahaha XD
nak buat mcm mana kan... dah lagu ni jaa yang aku ingat lirik waktu tu.. ^^"
*mana tak hafalnya.. asal karok jaa lagu tuh.. asal karok jaa lagu tuh.. ^^*
bukan satu buku lirik lagu yang aku buat..
tak terkira haih..
lepas satu buku, satu lagi aku buat..
bukan sebab banyak lirik lagu yang aku kumpul..
tapi.... asyik salin balik lirik2 yang penah aku dapat hahaha XD
rajin giller tak jemu2.. *biasalaa dulu kecik2 tatau nak buat apa masa lapang.. ^^"
jadi ni laa hobi aku.. :)
macam2 cara aku buat nak kumpulkan lirik lagu nih.. :D
ada yang aku jumpak dalam majalah... surat khabar... sampai ada yang aku salin sendiri! punya laa rajin sampai aku sanggup duduk depan box karaoke tu ulang2 lagu yang sama untuk salin lirik lagu punya pasal! hahaha XD
...
banyak jugak dugaan sepanjang proses mengumpul lirik2 lagu ni.. :)
ada yang buku aku nih hilang... kawan pinjam xbagi2 balik *dalam erti kata lain "mengambilnya" tanpa relaku.. dan yang paling best pernah kena rampas dengan cikgu... ^^
huhu.. apa kes laa yang sampai buku lirik lagu tu kena rampas ngan cikgu aku pun tatau...
penah ada satu kes kat sekolah rendah aku ni..
waktu tu aku darjah 6 dah..
lagi berapa bulan jaa nak UPSR...
waktu tu mmg dah jadi trend kat sekolah aku.. budak2 suka menyanyi...
sampai satu tahap.. cikgu2 kat sekolah aku tu HARAMkan budak2 menyanyi..
maknanya dalam kawasan sekolah dilarang menyanyi...
bayangkan laa betapa kroniknya masalah ketika tu sampai kan nak nyanyi dalam kawasan sekolah pun tak dibenarkan.. *mungkin sebab budak2 ni suka menyanyi dalam kelas ketika cikgu sedang mengajar kot..
huhu..
sampaikan buku lirik lagu aku kena rampas dengan Ustazah kelas aku...
*sebenarnya ini adalah perbuatan khianat kawan2 yg cemburu dengan aku.. :P
aku tak penah buat salah apa pun..
aku just bawak buku tu ke sekolah sbb nak tunjuk dkat kawan2...
tapi ada sapa ntah laa yg jelez gila dengan aku sampai pi ngadu kat Ustazah kata aku bawak buku luar masuk sekolah..
terus kena rampas.. huhu.. :'(
tapi aku xkesah pon kena rampas sebab aku ada banyak lagi spare kat umah.. :D
*untung gak dok salin2 banyak2 kali nih hahaha XD
...
dan dalam masa nak dekat UPSR tu ada laa satu penceramah ni datang sekolah aku bagi ceramah pasal UPSR.. :D
sejujurnya aku mengaku yg aku mmg tak ingat apa2 yg dya cakap tu sekarang hahaha XD
*awat hampa ingat lagi ka apa ceramah yg penceramah bgtau hampa 7 tahun lpas? =..=
tapi!!! aku masih ingat lagi ayat di penghujung ceramah dya! XD
dya ada cakap yang lagu ini boleh bagi semangat pada kita.. XD
kita boleh tukar lirik lagu ni daripada lagu cintan cintun kita boleh tukar ke lagu pasal pelajaran... XD
dan dya ada bagi satu lagu yang aku masih ingat skit lirik dya hehe..
dya tukar lagu Iklim - Suci Dalam Debu kepada lagu Suci Dalam UPSR hahaha XD
ni sedikit potongan lirik lagu dya... ^^

"Lulus UPSR matlamat ku...
Harapanku adalah 5 A..
Ibu bapakan gembira, ketawa...
Melihat kejayaan kita..."

hahaha... XD sempoi gak penceramah tu.. siap fotostat bagi sorang satu lagi lirik lagu ni.. XD
hahaha cikgu semua senyap jaa.. :)
huhu bertambah laa lagi satu koleksi lirik lagu aku waktu tu hihihi...
...
sejak daripada situ... kawan2 aku semua dah mula pandai mengubah lagu...
masing2 dah pandai tukar lagu daripada lagu asal ke lagu yang berbentuk pendidikan dan semangat hahaha XD
aku dulu pun ada gubah lagu gak waktu tuh.. ^^
tapi aku dah lupa lirik dya.. :)
seingat aku waktu tu aku gubah lagu Spider - Relaku Pujuk hihihi...
jadi pengajarannya disini.... :D
*cheeewwaaahhh ada pengajaran lagi tu... XD*
setiap apa yang kita buat boleh diubah menjadi sesuatu yang lebih baik.. :)
jangan sangka apa yang kita buat itu benda yang tak elok saja...
kekadang benda tu kita boleh ubahnya menjadi sesuatu yg lebih baik.. ^^
apa yang penting pemikiran haruslah positif!
XD
dan sekarang.... buku2 lirik lagu aku bersepah di dalam rumah..
boleh berada dimerata2 tempat.. :D
di stor.. bilik.. ruang tamu, dalam almari dan mana2 sahaja boleh dijumpainya... XD
bila terjumpak balik buku tu..
teringat cter2 lama ni hahahak XD

Saturday 7 April 2012

Kisah Aku dan MuZiK... #1

<3 Assalamualaikum dan salam sejahtera hehehe <3

Tetiba rasa mcm nak menulis post kedua dalam blog neh.. 8DDD
Pastu lak hati ni kuat nak bercerita pasal "muzik".. XD
hihihi...
...
...AKU dan MUZIK...
hmm apa yang ada dengan aku dan muzik??? aku ni bukannya orang yang pandai dalam bidang muzik.. buat lagu tak reti.. main alat muzik tak reti... nyanyi pon tersangkut2 hahaha... jadik apa yang aku reti??? ==''
huhu.. ^^" sebenarnya dalam bidang muzik ini.. aku hanya ada "minat" ! selain daripada minat aku juga ada dorongan! ehehehe... dorongan daripada rakan2 sebaya.. :)  
aku ingat lagik first time aku karaoke hehe.. XD
waktu tu umur aku dalam 10 tahun baru abis darjah 4 nak masuk darjah 5.. cuti bulan 12 tu tok wan aku bawak aku balik Sabah.. Kampung Linau (kampung tok wan aku).. aku selalu tengok pakcik2 ngan makcik2 aku kat situ karaoke.. tapi diorg kalo karaoke lagu lama2 ngan lagu tempatan jaa.. :D memang dah jadi kebiasaan dan boleh kata trend jugak laa org2 Sabah ni.. kalau ada masa lapang waktu pagi ngan petang diorg suku berkaraoke disamping waktu malam diluangkan untuk mengaji dan trus tido.. *karaoke tu karaoke jugak.. tp mengaji pon mengaji hehe.. ^^" kebetulan waktu tu Pak Njang ngan Pak Su aku dari Penang ikut sekali bercuti di Sabah tu.. hahaha.. diorg ni pun suka karaoke.. selalu aku tengok jer diorg karaoke.. nak join segan.. XD
CD Karaoke yang ada waktu tu banyak... ada lagu Kumpulan Boboy.. Newboyz... Siti Nurhaliza... Achik dan Nana.. KRU.. haish macam macam lah!!! XD Sampai laa ada satu masa tu.. Aku ingat lagik waktu tu tengahhari.. Makcik tengah masak di dapoq.. Wan ngan Tok kuar pegi Pekan Kota Belud.. Pakcik, Pak Njang ngan Pak Su aku tengah dok sembang2 dalam bilik dekat ngan ruang tamu.. tinggal laa aku sorang2 dkat ruang tamu tu tatau buat apa.. XD aku pon entah mana mai laa idea nak bukak box karaoke tu pun tatau laa.. tiba2 jaa aku dah bukak *boleh ka macam ni???* hahaha.. fuh~~ track pertama... Boboy - Demi Masa... ahahahah.....
maka dengan itu.. berkumandanglah suara seorang budak darjah 4 yang masih belom matang suaranya didalam rumah itu... *mana taknya.. volume tak tau nak ejaih.. kuatnya MasyaAllah.. XD* hahaha... baru muzik jaa... aku tak sempat nak nyanyi Makcik dari dapoq mai.. terkejut aku hahaha.. XD dya mai nak perlahankan skit volume tu.. katanya kuat sangat.. ^^" pastu dya cakap "sambung laa.." yang aku pun kenapa pegi ikut cakap Makcik tu pun tatau laa... aku boleh pi sambong! hahaha XD
tuuuudiiiiaaaaa~~~
"..Berbishik la haatikuu... mengenangmuu~~~ saat pechinta'an kiita berlaluuu~~ sepi mengce'ngkam da'lam hatii~~ menambah lukaa~~ seandai ada aku keriangan~~" <--lirik lagu Demi Masa, Boboy yang aku nyanyi tu hehehe...
lpas abih lagu tu aku pi tekan butang replay (=..=) dkat box karaoke tu.. tuptup.. lagu ni lagi yang keluaq... huh bantai!!! aku buh lagik lagu ni hahaha... menjerit2 aku tarik korus dya mcm org tak ingat dunia hahaha XD tak silap aku dekat tiga kali jugak laa aku ulang lagu ni.. best jugak aku pikir hahaha XD
elok aku abis jaa rangkap terakhir untuk lagu tu... "..puaskuu tersiksaa... bagaiiikan terasaaa... tidaaakkk bermaknaa laaaagiiiiii~~~~~" prapprapprappraprpap!!! <--bunyi org tepuk tangan... terkejut aku! aku ingat kan apa rupa2nya Pakcik, Pak Njang ngan Pak Su aku dari mula dok mengendap aku dari dalam bilik tengok aku duk melalak hahaha XD diorg tamau kaco sbb nak bagi aku habis dulu lagu tuu~~ 
Haddoooiiii~~~~ haahahahahaha XD aku xleh ingat benda tuuuu... malu gilaa!!! XD rasa macam nak gi terjun tingkat dua rumah tu jaa.. tak pon nak gi sungai belakang rumah mandi sekali dengan kuda2 kat situ hahaha malu punya pasai! adoi~~ XD
dan..... sejak dari situ lah.. aku mula menceburkan diri dalam bidang karaoke.. :) daa.. sejak dari situ jugak lah Pak Su akan akan bahan aku dengan bunyi.. "..Berbishik lah haaatiku~~" hahaha.. menganjing! XD

Kumpulan BOBOY suatu masa dahulu.. Skrg tinggal vokalis jer.. Naqiu. :)

hihihihi.. yang tu cerita aku mula berkecimpung dalam bidang nyanyian... XD
selain daripada lagu kumpulan Boboy... aku cukup gila dengan lagu Achik dan Nana.. lebih2 lagi lagu "Paling Comel" tu hahaha... mcm budak2 kan... *mmg aku budak lagik waktu tu* ==''
huishh~~~ lagu Achik ngan Nana ni mmg aku layan gilaa waktu tu... hihihi... walaupun aku kecik lagik waktu tu tp aku dah mmg mula tangkap jiwang dah hehe.. ^^"
berangan2 laa nyanyi ngan pompuan.. ^^ hakikatnya..... sampai sekarang aku tak jumpa lagik siapa Nana dalam duet aku tu.. :') hihihi selalunya "Siti Nordiana" tu sendirik laa yg jadik penyanyi dya hahaha XD aku just ganti tempat Achik jap.. XD <--perasan kejap ek.. :D
Apa2pun diorg ni mmg pasangan duet yang paling aku kagumi.. =8}
Lagu2 diorg bagi aku mmg evergreen~~ lagu2 yg sering dinyanyikan oleh pasangan2 yg sedang hangat bercinta dan dijadikan sebagai memori dan kenangan terindah dalam diri pasangan2 tu.. :D
setiap kali lagu2 ni dimainkan... pasangan2 ni mesti akan teringat kembali memori2 dan kenangan manis ketika bersama... *cheeewaaahhh!!!! even aku xde memori2 semua ni... tapi aku dapat rasa!! kira oke laa tu.. :P *satu hari nanti... aku nak merasa jugak! <--berangan!

Achik dan Nana memang terbaeekkk!!! sampai sekrang aku meminati mereka! yeah! ;D

Al-Fatihah buat Allahyarham Achik Spin..


Jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Tuhan... Achik Spin atau nama penuhnya Abdillah Murad bin Md Shari telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya dan telah pergi menghadap ilahi pada 14 April 2010.. Walaupun sudah hampir 2 tahun Achik pergi meninggalkan kita tetapi jasa dan baktinya dalam bidang seni tanah air tetap diingati dan terus dihargai.. Achik pernah berlakon dalam Filem Komedi Romantik bertajuk Diari Romeo tetapi tumpuan lebih diberikan dalam bidang nyanyian.. Antara lagu2nya yg aku minati adalah Hadirlah Mustika, Janji Kita dan Mengusung Rindu.. Semoga arwah beliau dicucuri rahmat.. Al- Fatihah...
...
huhu.. ni laa sedikit sebanyak cerita aku pasal muzik ini hehe.. ni baru kisah aku masa kecik dulu.. masa first aku mula btul2 nak kenal dengan muzik.. :)
ada banyak lagi cerita aku sebenarnya... masa sekolah rendah... sekolah menengah dan yang terbaru... di Universiti sendiri aku ada kisah muzik aku~~~ ;D
apa pun aku terpaksa berhenti disini dulu.. ^^
tok dah jerit2 kat luar tu suruh siap! huhu.. maklumlah.. harini kan hari Ahad..
ada kenduri kawen jiran sebelah hahaha XD
elok laa tu aku pun tengah lapo nih...
nasik minyak kalo dah masuk perut sedap neh..
maklumlah.. nasik minyak ni nasik org2 yg gembira.. mana tak gembiranya.. org nak kawen hahaha XD
okeh aku dah ngarot.. =..=
jom jom jom....
nanti kita sambung lagik naa... ;D
Assalamualaikum... :)