There was an error in this gadget

Friday, 13 April 2012

Aku seorang SeKuRiTi... 8DDD

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu... ^^"
Hai semua~~~ ;D
Lama aku tak post kat sini tapi kat Facebook belambak2 aku post ahahaha XD
Adoi~~ bukannnya apa.. =..=''
Kuota Broadband aku dah abeh..
Nak bukak Facebook ngan Google pon loading terketaq2..
=.=''
Lagik laa nak bukak dashboard blog ni huhu.. ^^"
Tadi nak bukak utk login Blog ni pun adoi~~
makan masa berpuluh minit.. 
Nak bukak new post.. laaagii laa.. XD
tak larat nak tunggu huhu..
tapi........ yang tu semua tak penting..
yang penting harini aku nak update blog jugak!

Ni laa dya buktinya... sampai aku dah abih taip post ni pon dya tak gerak2 gak..  ==''

...
Ter'update'nya blog harini bukanlah sebab nak sambong cter pasal 'Aku dan MuZiK' tu hehe..
Bab 'Aku dan MuZiK' tu ada empat chapter lagi.. 
'Nasyid',  'ST12', 'Jiwang Kembali' dan 'Aku bersama Gitar'..
*tak leh blah aku dah buat senarai semua cukup ahahhaa XD
argh! biarkan.. :3
updatenya blog harini sebab aku nak jugak simpan cter pengalaman pertama aku masuk keja harini!!! XD
lembab pon lembab laa..
benda boley tunggu.. :p
huhu..
...
Kelmarin..... Semalaman aku tak tido.. Aku tengah gigih menyiapkan satu skrip teater untuk kawan aku.. ^^"
kerja2 menaip skrip tu dilakukan pada jam 9malam (11 April 2012) dan berakhir pada jam 10.30pagi (12 April 2012)..
aku cadang nak nak je tido petang tu..
tetiba..........
"Ohh... ohh ohhohoho~~ Biarku ungkap cinta.. cinta begitu besaaarr... Biarkan itu menjadi rasa indah yang ku miliki~~~" - ST12_Cinta Jangan Dinanti..
Ahahaha.. tu bunyi henpon aku lah!
ada orang call... :3
nombor yang tak dikenali... = =''
cuak2 pon aku angkat je laa.. aku tak penah buat salah apa2 kenapa aku nak takut lak kan.. ^^"
sekali aku angkat operator Jusco daa.. :D
rupanya permohonan utk mintak keja kat situ diluluskan.. ^^
Alhamdulillah.... =D
akhirnya usaha aku tak sia2... :)
tiga tempat aku pegi wat muka tak malu mohon keja...
dah dekat 2 minggu... satu pun tak panggil aku masuk keja..
sekali JUSCO lak panggil aku... Alhamdulillah.. ada rezeki aku.. huhu..
Dya mintak aku pegi temuduga dulu pukul empat petang haritu jugak.. ^^"
alamak.. aku ni dah laa tengah pening2 lalat.. = =''
ngantok yang amat.. nak je aku tido pkul sebelas tu sementara nak tunggu pkul empat..
tapi xleh.. aku kena amik adik aku balik sekolah pukul 1 ngan pukul 2 petang..
kalo aku tido sapa nak amik diorg balik sekolah..
mau tak mau aku kena gak laa tahan kejap..
walaupun ngantok tahap nak tido.. <-- ada kaa macam ni? =..=
tapi aku tetap pergi jugak temuduga petang tu!
Rezeki bang.. sapa nak tolak.. sekurang2nya ada gak duit masok poket nak bayar yuran masuk belajar nanti.. =D
huhu.. temuduga petang tu cantek jaa.. :D
walaupun aku sesat dua kali dalam Jusco tu.. 
*bukan sesat dalam Shopping Kompleks.. Sesat sbb nak cari pejabat..
tapi akhirnya aku jumpak jugak.. XD
berjalan lancarnya temuduga tu telah menyebabkan aku diterima masuk bekerja disana dan aku dikehendaki memulakan khidmad pada keesokan harinya juga!
*tu dia amik hang keluaq dah bahasa baku aku.. :3

Tempat kerja aku sekarang... =D

...
13 APRIL 2012
First day aku masuk keja sebagai Pengawal Keselamatan di AEON JUSCO Seberang Jaya..
Macam biasa aku bangun awal dalam pukul 6.30pagi aku dah jaga..
walaupun aku masuk keja pukul 9 pagi tapi aku kena antar adik aku pegi sekolah dulu pukul 7pagi..
pastu takkan nak tido balikkan???? XD
apalagi..... on9 laa jawabnya ahahaha XD
okeh3 sambong balek.. =..=
aku gerak dari rumah dalam pukul 8.35pagi.. dalam 8.55pagi aku dah sampai sana sbb dkat jaa tak laa jauh sangat.. :)
sekali sampai sana baru aku teringat! aku nak menuju kearah mana nih! mana aku nak lapor diri?! argghhh!!!! bengongnyaa aku boleh lupa tannya kat org yg interview aku semalam adess~~  = =''
orang cakap malu bertanya sesat jalan... disebabkan aku tak mau sesat lagi.. lpas paking moto aku pun trus laa tanya org yang ada dkat situ mana tempat pekerja check in.. dya pon tunjuk laa jalan cantek punya jauh.. aku kena pusing 2 blok Jusco tu.. = =''
semangat punya pasal aku tak pikir dah penat semua tu.. aku gagahkan diri jugak jalan kaki.. 
*baguih punya moto ada tak mau pakai.. (lupa sebenarnya yg aku ada moto sekejap..) ^^"
sekali sampai dkat staff entrance.. sekali lagi aku kena halau.. 
*bukan halau mcm halau ayam tu.. ni mcm kena arah pegi tempat lain laa.. =..=
tu bukan entrance utk sekuriti! tu entrance utk pekerja lain.. mana aku tau sekuriti ngan pekerja laen punya entrance tak sama.. :3
rupanya sekuriti punya entrance dkat ngan tempat aku parking moto tadi ahahaa XD
sekali lagi aku jalan mengelilingi 2 blok JUSCO yang amat besar itu XD
*memang aku exersise abih pagi tu.. :3
ahhahha.. nasib harini first day.. selamat aku tak kena apa2 tindakan.. jadi aku pun dibawa oleh seorang Supervisor, En Aznan atau lebih dikenali dengan nama En. Nan yang berpangkat Sarjan disitu.. :)
Dya bawak aku ronda2 satu Jusco sambil menerangkan macam2 benda kat aku.. 
*serius aku cakap aku tak ingat sangat apa yg dya cakap sbb aku takut tgk dya pegang cota.. ^^"
huhu...
lepas dya bawak aku meronda sampai pukul 10pagi.. dya bawak aku pegi bukak pagar2 utk pelanggan masuk ke store membeli belah.. 
lpas daa buka keja kami adalah untuk memberi greeting.
*lain sekuriti lain kejanya.. kebetulan pagi tu En Nan kejanya bahagian greeting..
Greeting ni maknanya macam sambut kedatangan pelanggan lah.. 
bagi salam pastu senyum semesra mesranya.. :D

Senyum semesra-mesranya dalam memberi GREETING... 8DDD

dalam barisan greeting tu selain dari pada kami dua orang.. ada lagi lima orang pekerja dalam shopping komples tu.. erk Promoter tak silap nama keja diorg.. ^^"
diorg pun tolong greeting gak.. :D
sekali dalam lima orang tu ada pekerja baru jugak daa... tengah training...
aku bukan saja2 nak usha.. tapi aku mmg kena usha!
erk.. awek yang duduk belakang rumah aku tu bhai!
macam mana dya boleh ada dkat situ! 
arggghh!!! malu giller aku! bukan sebab aku ni sekuriti.. 
tapi... aku malu sebab pakaian aku pagi tu mmg compang campinglah! ngan t-shirt putih berkedut, seluaq slack koyak kat poket, kasut berlubang.. T_T
yang dya baru masuk daa pakai kemeja ngan vest sebagai pekerja dalam JUSCO..
aku ni kalo dah keja tiga bulan baru dapat uniform.. =..=
argh! aku tak kira.. aku malu jugak ahaha XD
adoi~~ dya pon tengah cuti sem gak sebenaqnya.. satu badge ngan aku jaa time sekolah menengah dulu..
skrg dya study MASCOM dkat UiTM MELAKA.. 
first choice aku dalam UPU tuu~~.. T_T
huhu.. xpe laa.. daa rezeki dya.. :D
rezeki aku TEATER di Puncak Perdana!!!! XD
Laaaaggggiiii best!!!! :P
huhu.. xpe laa.. dipendekkan cerita lpas abis greeting tu En. Nan bawak laa aku pegi ronda lagi.. :)
banyak yang aku belajar harini.. XD
aku kenal macam2 jenis orang..
aku ingatkan Sekuriti2 ni semua serius2.. mcm tentera.. tapi jangkaan aku meleset hampir 90%!!!
sekuriti kat sini semuanya mcm remaja belasan tahun.. walaupun daa berumur..
mana taknya.. bergurau tak sudah.. kacau org tu kacau org ni.. gelak kat sana gelak kat sini..
diorg ni memang rapat antara satu sama lain.. time buat keja serius.. tp bila jumpak geng tau nak nyakat jaa..  :3
tapi serius aku senang dengan depa semua ni.. semua sporting2 habes!!! 
layan aku baik sangat! ajar aku macam ajar anak2 sendiri.. borak dengan aku mcm borak dengan geng kedai kopi! X'D
aku harap aku dapat bertahan lama disini.. :')
sebolehnya masa sebulan setengah yang diorg bagi dkat aku.. dapat aku manfaatkan dengan baik.. :')
walaupun aku keseorangan disini.. aku datang sendirian.. aku tak ada kawan..
tapi................ aku tak kesah!!!
aku perlu berusaha untuk menyara makan anak bini aku kat rumah!
woit! pampers dah dah seminggu tak beli taw! susu anak aku kat umah tu dah nak abeh tarikh luput! kalo aku tak keja sapa nak sara anak bini aku kat rumah tuh!!!
okeh aku mengarut.. =,=
...
sedikit sedutan cerita aku didalam bilik kawalan CCTV..
13 APRIL 2012 (4.00petang)

En. Nan : Disini tempat kita tengok apa yang orang buat melalui CCTV.. dalam ni ada 9 skrin TV dan 137 pandangan daripada CCTV dalam kawasan ni..

Aku : ooo... 

En. Nan : Kalau ada apa2 yang jadi.. kita boleh rakan disini.. kadang2 alarm ni bunyi (sambil tunjuk satu lampu).. kalau dya berbunyi kamu tekan saja butang ni (sambil menunjukkan satu butang)..

Aku : erk.. kenapa alarm tu berbunyi En. Nan? tu tanda ada org curi barang ka?

En. Nan : bukan laa.. alarm tu daripada cashier.. utk cashier mudah panggil kita atau ada apa2 masalah cashier akan tekan butang tu.. tapi selalunya depa tertekan sendiri sbb butang tu duk bawah meja.. tersentuh dengan paha..

Aku : ooo macam tu rupanya huhu..

En. Nan : kamu jangan risau.. sini simple jaa xdaa masalah.. kamu boleh skodeng orang dari sini tgk ni..

(En. Nan membesarkan skrin CCTV dan memusingkan kepala kamera itu kesekeliling kawasan.. Kamera CCTV di Jusco ini sangat hebat kerana kesemuanya boleh berfingsi untuk memutarkan kepala 360 darjah.. boleh zoom in dan zoom out dan menjelaskan pemandanga.. kamera yang En. Nan pusingkan berhenti pada sekuriti yang sedang asyik bersembang dengan seorang promoter ketika dalam tugasnya..)

En. Nan : Hah! inilah masalah orang2 lama kita.. nak tegur pun dah tak boleh tgk la tu bersembang waktu........(En. Nan terus berleter dan terlintas dalam pikiran aku... "Laa ni kaa maknanya skodeng.. patut laa org cakap skodeng tu bahaya.. rupa2nya boleh menyebabkan org berleter panjang..")
ahahaha... tiba2 En. Nan mengubah topik..)

En. Nan : Hmm kamu belajar dekat Shah Alam kan?

Aku : Ha'ah dekat UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.. (dengan nada bangga!)

En. Nan : Kos apa?

Aku : Saya belajar seni persembahan, lebih kepada bidang teater..

En. Nan : Waa... lepas ni kalau tak cukup pelakon panggil laa saya.. :D

Aku : Hehe.. (sebenarnya En. Nan ni adalah orang yang ke 7 cakap benda yang sama.. sebelum ni bila ada sekuriti lain yang tanya pasal pelajaran aku.. semua bagi reaksi yang sama.. "kalau xcukup pelakon ambil kami.." hahaha minat berlakon semua nii sampai En. Nan pun nak.. XD)

En. Nan : Hmm awek orang mana? (tetiba soalan killer hati dya bagi kat aku)

Aku : Erk.. saya mana ada awek...

En. Nan : Eleh jangan nak tipu dengan saya laa.. saya tengok budak2 universiti ni semua ada awek..

Aku : Oooo kawan2 saya ada laa.. saya tak dak huhu..

En. Nan : Ooo tak pa tak pa.. saya doakan kamu cepat dapat awek.. ada awek ni semangat skit nak belajar betul tak..

Aku : Huhu.. (padahal dalam hati aku.......... Oh patah seribuu haaatikuu~~ bila mengenangnyaaa~~~)

(hahaha aku tak sangka yang En. Nan sanggup buat aku mcm ni.. bila pikir balik... aku sorg jaa kat sini.. xdaa kawan.. aku bawak diri sesorang.. semua org ada bawak geng.. tapi aku... ALONE~~)

TT^TT

Azam Sekuriti    TT_TT



2 comments:

  1. tayah forever alone sgt,,, awk tak bace 9 gag pon! :P

    ReplyDelete
  2. arghh tidak tidak!!! tak baca 9 gag pon nak masok group FA jugak! XD

    ReplyDelete