Wednesday 31 October 2012

#2 "Mie Mat Pit" budak TEATER

Inilah dia orang yang aku kagumi selama ini, Emi aka Sakdon


Hilmi Rusydi bin Hassan atau lebih dikenali dengan nama gelaran Sakdon tetapi aku lebih selesa memanggilnya dengan nama Emi... hahahahaha X’D adoi~~ kalo ingat balik laa waktu first time aku kenal dia ni.. memang lawak laa.. dia ni pulak memang terkenal dengan sikap dia yang suka buat lawak.. memang tak salah laa kalo aku kenal dia pun dalam keadaan yang sangat kelakar hahahaha X’D

Aku mula kenal dengan dia ni sejak daripada Minggu Destini Siswa lagi.. tapi aku nampak dia daripada jauh jer.. sebab dia ni lah yang paling menonjol sepanjang minggu itu.. dia suka buat benda gila dan menggila dkat depan dan benda yang buat dia paling menonjol adalah apabila satu permainan yang diberi nama Tepok Tepok Ahmad Albab diperkenalkan.. dia laa yang paling menyerlah dalam permainan itu kerana keasyikannya menepok tangan sambil menggoyangkan kepalanya seolah2 sedang menurun dan kerasukan hantu telah menyebabkan dia menjadi tarikan ramai.. oleh itu, tak kisah lah kalau dia ni sangat dikenali dalam MDS tu dan budak2 daripada fakulti lain pun kenal sama dia.. hehehe.. :’p

Waktu MDS macam ni lah dia hahahhaa aku takot -,-

Tapi sesi perkenalan aku dengan Emi ni bukan setakat disitu sahaja.. aku pikir dia ni budak kelas lain.. sampai lah satu hari dalam MDS tu dimana kami perlu berkumpul dengan budak2 yang sama kelas.. sedar2 dia duduk sebelah aku.. ==’’ mau tak cuak aku waktu tu dia peluk jer aku kemana aku pegi waktu tu.. aku dah laa takut dengan dia sebenarnya.. dengan rambut kembangnya.. dengan perangai dia yang pelik tu.. sampai terpikir dalam pala otak aku yang satu hari nanti dia akan bunuh aku hahahhaa X’D

Aku ingat lagi waktu tu.. dia tanya aku nama apa.. aku tipu laa dia nama aku Ahmad Idham.. takot punya pasal.. aku ingat lpas tu tak jumpa dengan dia dah.. sekali setiap masa aku jumpa dia.. dan sepanjang MDS tu aku hidup dalam ketakutan sebab asyik jumpa dia dan dia akan peluk bahu aku dengan sebelah tangan dia sambil panggil aku Ahmad Idham.. wuu~~ gerun gler aku waktu tu.. ==’’ sampai satu tahap aku terpikir nak lari daripada UiTM ni sebab takut dengan dia ni punya pasal lah hahaha XD tambah pulak dia dok ajak aku sambong degree Teater dengan dia.. dia tak bagi aku pegi mana2.. aku kena stay dengan dia.. terpikir jugak aku.. apahal mamat ni.. baru kenal tak sampai seminggu dah cakap bukan2.. =’p tapi sebenarnya dia bukan saja2 buat mcm tu.. dia ada agenda sendiri.. dia nak mesra dengan org.. jadi dengan cara tu lah dia dapat rapat dengan orang lain dan tu lah cara dia berkawan.. =)

Dia ni terlalu disenangi hinggakan lecturer kami yang omputeh ni pon sayang sangat dekat dia wakakaka XD

Hehehe.. lepas abis je MDS tu.. aku dah jarang jumpa dengan dia.. jumpa pun dalam kelas je.. dan setiap kali dalam kelas.. dia masih dengan perangai dia yang sama.. gila2 macam tu.. tak penahnya nak amik serius dalam apa2 hal.. semua org pikir yang dia ni tak betul.. sampailah satu masa bila dia datang bilik aku dengan Acap.. dia mula jadi dirinya yang sebenar.. dia tunjukkan bakat dia bermain gitar.. dia tunjuk bakat nyanyian dia.. dan dia cerita mengenai pengalaman hidup dia dan bagaimana dia boleh sampai ke UiTM Puncak Perdana ini.. =’) dari situ lah aku mula kenali dia..

Gitar ni pon dia yang bawak aku belikan
Dalam masa yang sama dia jugak guru gitar aku
='p

Emi ni sebenarnya bukanlah macam yang org lain sangka.. dia seorang yang sangat serius dan komited dengan kerjanya.. mungkin dengan orang lain dia boleh jadi tak betul dan org akan anggap dia gila tapi bukan dengan aku.. aku kenal dia dah aku tahu apa matlamat dia.. hehehe ;D

Dengan aku.. dia boleh serius.. =)

Apa yang hebatnya, Emi ni dengan aku dia tak akan melawak dan dia akan sentiasa serius dengan aku.. walaupun kami berborak dalam nada bergurau tetapi sebenarnya ada sesuatu yanng serius dalam gurauan kami.. itu yang aku suka tentangnya.. tambah pula Emi ni memang seorang yang penuh dengan idea.. dan dia pula bukanlah seorang yang kedekut.. setiap ilmu yang dia ada dia akan kongsi dengan sesiapa yang dia mahu dan org yang selalu dia berkongsi adalah aku.. hehehe.. apa yang dia buat dia akan panggil aku untuk membantu walaupun aku tidak tahu apa2 tetapi dia tetap mengajar aku.. tak dinafikan aku memang sangat senang bekerja dibawanya dan dalam masa yang sama aku sangat menghormati dan mengagumi dia.. =’) tak salahkan kita mengagumi sahabat kita sendiri.. ^^ kerana bagi aku.. dia ada sesuatu yang orang lain tak miliki.. =)

Dia ni kalau dah bersungguh2 dengan skrip dia.. dia akan fokus dah terus komited.. =)

 Sebelum ini aku memang dikenali sebagai seorang yang tidak bersosial dan seorang yang suka menyendiri bak kata Madam Fauziah (lecturer BEL kesayangan aku ^^), “Azam, you are loner..” lebihh kurang mcm tu lah hehehe.. XD Tapi!!! sejak aku mengenali Emi ni.. dia lah orang yang bertanggungjawab yang telah mengajar aku apa itu LEPAK dan KARAOKE!!! arrghhh… sebelum ni aku tak pernah minat untuk melepak diluar rumah selain melepak didalam bilik.. tapi dia ni lah yang telah bertanggungjawab mengajar aku dengan membawa aku ke Kandang (tempat makan di Puncak) setiap hari dan duduk disitu selama berjam jam.. -,- mulanya memang aku tak senang tapi lama2 aku jadi terbiasa sebab lepak kami bukannya berbual kosong tetapi penuh dengan info dan maklumat yang sangat berguna.. hahaha XD KARAOKE!!!! arrgghhh~~ sebelum ni aku tak pernah jadik gila dan gian gian nak gi karaoke sampai lah dia ni mengajar aku untuk pergi karaoke setiap hujung minggu! -,- Emi! ko kene bertanggungjawab hahahaha XD

PKNS ngan PAS lah tempat selalu dia bawak aku lepak hahaha

Dah laa ko penah tipu aku Emi.. aku ingat lagi dulu ko penah cakap time kite duk lepak dekat kandang.. kite selalu usha budak2 duk makan dkat kandang dengan awek diorang.. ko cakap muke mcm kite ni takkan dapat awek sampai abis belajo.. ko cakap sampai graduade laa kite akan lepak bersama dan hanya memandang orang2 sekeliling yang makan dengan awek sambil bergelak ketawa.. tapi kini.. ternyata ianya berbeda! sekarang ko dah ade awek! ko tinggal aku.. aku makan sorang2.. aku lepak sorang2.. ko lepak dengan awek ko.. huh! *padahal dia ajak aku lepak skali.. aku je yang malas nak join hahahaha XD *gurau2 je laa Emi.. dah ditakdirkan ade orang yang sudi terima ko.. apa kuasa aku nak menghalangkan.. ^^ aku cuma boleh doakan yang ko akan sentiasa bahagia disamping orang yang ko sayang tu.. =) jage dia baek2.. bukan senang nak jumpa org yang boleh terima kita seadanya mcm tu.. ko patut rasa bertuah.. =) hehehehhe.. doakan aku sama supaya org yang aku suke ni pon boleh terima aku jugak wakakakaka X’D

Dia selalu cakap dengan aku
"Zam ko kene jadi mcm aku tengok aku dah bahagie sekarang.."
ye laa tu Emi oii.. -,-

Tu just selingan saja.. =’) sepanjang aku kenal dia.. ada sahaja projek yang dia paksa aku join dengan dia.. hahaha X’D tapi aku tak nafikan setiap projek yang aku join dengan dia memang banyak pengalaman baru yang aku dapat.. =’) first projek yang dia minta aku bantu dia adalah projek short film “Jangan Pernah Berubah” semester satu yang idea asalnya datang daripada dia dan dibantu oleh beberapa rakan2 lain.. =’) projek ni aku tak pernah terpikir nak buat tetapi daripada semangat dan dorongan yang dia tunjukkan lah yang buat aku jadi bersemangat nak membantu dia dalam projek ni.. =’)

Short Film dia ni siap ada poster lagik hahaha XD

Jangan Pernah Berubah Full Movie hehehe.. :'p

Semester dua pula, aku dapat bekerja dengan dia dibawah dua projek yang berlainan.. kalau sem 1 dia buat short film, sem 2 pula dia buat pementasan Teater dan sebuah lagu untuk aku wakakakaka!!! X’D

Aku masih ingat lagi dimana dia datang kebilik aku menunjukkan sepihan2 kertas kecik yang mencatitkan idea2nya untuk dibuat skrip teater kepada aku.. pada mulanya aku memang tak berminat langsung dengan kertas2 kecik yang dia tunjuk dekat aku tu sampailah dia duduk menghadap aku dan menceritakan segala idea yang terlintas didalam pemikirannya itu.. ceritanya yang lengkap dan padat itu telah membuatkan aku terbuka hati untuk membaca kertas2 kecik yang diberikannya itu dan ternyata ideanya itu sangat mengagumkan dan menarik perhatian aku.. dan akhirnya… malam itu juga aku menyiapkan skrip teater bersamanya sehingga pukul empat pagi yang bertajuk “Kematian”.. betapa hidupnya skrip itu sampaikan bulu tengkuk aku berdiri sepanjang menyiapkan skrip itu.. sumpah tak tipu.. =’O

Inilah dia poster Teater Kematian arahan Emi

Dan pada semester yang sama juga, aku dikejutkan lagi dengan janjinya yang mengatakan bahawa dia nak buat lagu untuk aku.. -_- ntah pape laa mamat ni.. aku ingat dia melawak.. rupanya dia betul2 ada buat lagu untuk aku.. lirik dan melodi yang sangat menarik dan bait2 liriknya sangat menyentuh hati aku.. hahaha X’D akhirnya aku dah ada lagu sendiri woi~~ “Rasa Yang Mati” dengar2kan lah~~ hehehe =’p

Azam feat Mie - Rasa Yang Mati 
sudi2 lah mendengarnya.. XD

Bukan setakat di semester dua sahaja.. malah sekali lagi aku dapat bekerja dibawahnya pada semester tiga dengan projek yang lebih mencabar.. Untuk sebuah pementasan teater bertajuk “Inflakasta” dan sebuah sketsa pendek bertajuk “Jangan Hukum Aku”.. Sem 3 juga dia telah di pelawa oleh sebuah syarikat rakaman untuk merakamkan lagu di dalam studio dan dia telah merakamkan beberapa lagu bersama ahli kumpulan yang baru ditubuhkan yang diberi nama In-Soul.. =)

Bukti dia di studio rakaman.. =)


Hahhahaha.. sememangnya aku dah kata sejak daripada aku semester satu lagi.. Emi ni ada sesuatu yang boleh membuatkannya pergi lebih jauh.. Dengan usaha dan komitmen yang diberikan olehnya Insyalah aku yakin semester hadapan dia akan menjadi lebih berjaya dengan karyanya yang terbaru iaitu “Teater Theatron”.. aku sentiasa bersedia untuk memberi khidmat kepadanya dan aku sentiasa berdoa agar suatu hari nanti cita2nya untuk menjadi seorang yang serba boleh dan berjaya akan tercapai... Amiin.. =)

Mari kita doakan yang terbaeekk untuk skrip ini.. =)
Emi ko jangan risau walau apa pun orang cakap pasal ko! aku tetap dibelakang ko!

Ko ade sesuatu Emi.. aku yakin ko boleh pergi jauh.. =')

Tuesday 16 October 2012

#1 "Acap Kodiang" budak SKRIN

Acap sorry curi Profile Picture FB hehehe.. ='p

Mohammad Asyraf bin Khalib.. Atau lebih senang dipanggil dengan nama Acap Kodiang.. hahaha.. Sebut saja nama Acap Kodiang budak Skrin.. Sapa tak kenal.. Aku berani jamin, keseluruhan TeKA Batch Mei 2011 tak kira lah Skrin ker, Penulisan ker, Teater ker, Pengurusan ker.. semua mesti kenal sama ini Acap Kodiang hahahaha.. XD

Aku kenal dengan Acap ni pun bukan lah sebab glemernyer dia ni.. aku kenal dia sejak daripada first day aku jejakkan kaki ke UiTM Puncak Perdana ni lagi.. mana tak kenalnya, dia ni roommate aku hahahaha.. bukan saja takat satu bilik, malah dia ni lah manusia pertama aku aku kenal dekat Puncak ni dah secara otomatiknya dia lah sahabat pertama aku di sini.. =’)

Aku ingat lagi first time aku kenal dia ni, waktu tu aku baru dapat kunci bilik.. Alhamdulillah aku dapat bilik yang menempatkan dua orang sahaja di dalamnya (sebenarnya aku tak suka duduk ramai2 sebab tu aku suka dapat bilik dua org hehehe =P).. first aku masuk dalam rumah tu, aku jumpa dengan family dia dulu, masuk2 bilik baru jumpa dia tengah kemas2 barang dan katil hahaha XD (awal dia ni sampai).. waktu tu laa aku mula kenal dengan dia.. aku ingat lagi mak dia pesan apa dkat aku waktu tu.. “Kawan dengan Asyraf ni baik2 naa..” hehehe.. ^^”

Apa yang buat kami ni boleh jadi lagi rapat dengan dia ni sebab dia lah satu2nya budak yang sama fakulti dengan aku dalam rumah tu.. XD budak lain semuanya Fakulti Akaun.. aku dengan dia jer budak Fakulti TeKA huhu.. ^^” sebab tu laa kami ni rapat gler.. maklum la.. apa2 aktiviti semua kami bersama.. nak pegi mana pon dengan dia lah senang cakap.. XD sampai kan pernah sekali budak2 kelas dia buat aktiviti naik bukit yang namanya Bukit Tonggek tu aku diajaknya sekali.. sekali tengok aku sorang jer budak Teater dkat situ.. yang lain suma budak Skrin hahahaha XD macam2 lagi lah sampaikan ada yang cakap aku ni dah mcm budak Skrin.. =P

Diatas Bukit Tonggek

Tapi bukan semua ni yang buat aku senang dengan dia.. =’) Acap ni bagi aku dah macam kembar aku di sini.. bagi aku, Acap saja yang paling memahami aku.. sikap dia.. perangai dia pun kebanyakannya ada persamaan dengan aku.. ^^ bagi aku.. hanya Acap sahaja makhluk di Puncak yang sangat memahami cara hidup aku.. Kalau Acap tau yang aku tengah study atau buat assignment, dia akan senyap.. dia tau yang aku memerlukan suasana yang senyap sunyi dan aman time nak belajo.. X’D kalau ada orang ganggu aku time aku tenga belajo, dia akan marah orang tu sebab dia tau yang aku ni jenis pendam dan takkan marah walaupun aku tak suka.. ^^ dia tak macam kawan2 aku yang lain.. kalau buat keja.. suka bising2.. pasang lagu kuat2.. pastu menyembang bukan2.. aku tak leh mcm tu.. keja tak jalan wooo~~.. -,-

Terharu aku bila bace notis yang Acap buat ni hahaha X'D

Acap dia tak macam kawan2 yang lain.. =’) dia tak pernah mengongkong aku walaupun kami rapat mcm mana sekali pon.. ^^ kalau dia ajak kuar atau ajak teman dia pegi mana2.. dia tak pernah paksa.. sekali aku tolak pelawaan dia, terus dia paham.. =’) dia tahu yang aku ni tak suka dipaksa dan dia tahu yang aku suka menyendiri sebenarnya.. ^^”

Dan Acap juga memang seorang yang sangat prihatin.. =’) dia sentiasa bersedia untuk mendengar keluhan masalah kawan2nya.. dia tak pernah menjatuhkan semangat kawan2nya.. dia akan berusaha untuk membangkitkan semangat kawannya dan sentiasa bersedia untuk membantu.. Acap dia memang memahami aku.. dia tahu yang aku ni jenis seorang yang memendam rasa.. kekadang dia akan tanya aku kalau nampak aku mcm ada masalah.. dan setiap kali dia bertanya, aku rasa senang sebab waktunya selalu sesuai pada keadaan.. =’) sampai satu tahap.. aku pernah menangis teresak2 di dalam bilik atas sebab masalah peribadi.. hahahhahaa… X’D dia tahu.. dia tak ganggu aku langsung.. =’) bila aku dah reda.. baru dia tenangkan aku tanpa banyak soal.. Acap memang hebat.. =’) kadang2 masalah kewangan aku juga diambil berat olehnya.. =’( dia tahu yang aku ni ada masalah kewangan dan kadang kala hinggakan tak makan.. tapi disaat aku dalam kesusahan selalu aku terjumpa duit di dalam locker, beg duit dan katil aku.. aku tahu memang Acap punya kerja semua ni.. kekadang ada juga budak rumah lain yg buat mcm tu tapi selalunya mmg dia lah.. =’) kalau ditanya dia tak pernah mengaku.. ada juga dia pass by hand duit dia dengan aku.. kekadang aku terharu.. =’( dia pun bukannya ada duit sangat tapi dia sanggup berkongsi dengan aku.. wuwuwuwu~~ malu aku malu~~

Acap pun seorang yang sangat ramah dan senang didekati =)

Pada aku, nak jumpa kawan sebaik Acap ni memang satu dalam seribu lah.. =’) walaupun aku dengan dia tak lah serapat mana.. tetapi ikatan persahabatan yang terjalin antara kami memang sangat kuat.. dan boleh dikatakan.. dialah kawan yang paling disayangi oleh family aku hahahahahhahaa X’D mana taknya.. daripada Tok, Mak, Mak Njang sampai ke Pak Su.. semua ingat dekat dia.. kalo cter pasal Puncak Perdana jer mesti dia akan tanya pasal Asyraf.. Tok aku tu pulak.. asal call aku jer, mesti tanya Asyraf tengah buat apa???? kirim salam dekat dia naa.. hahahha XD itulah ACAP KODIANG…. =’)

Pernah orang kutuk gambar ni kate aku mcm beruang Grizzly tp Acap bela aku hahaha X'D