Tuesday 16 October 2012

#1 "Acap Kodiang" budak SKRIN

Acap sorry curi Profile Picture FB hehehe.. ='p

Mohammad Asyraf bin Khalib.. Atau lebih senang dipanggil dengan nama Acap Kodiang.. hahaha.. Sebut saja nama Acap Kodiang budak Skrin.. Sapa tak kenal.. Aku berani jamin, keseluruhan TeKA Batch Mei 2011 tak kira lah Skrin ker, Penulisan ker, Teater ker, Pengurusan ker.. semua mesti kenal sama ini Acap Kodiang hahahaha.. XD

Aku kenal dengan Acap ni pun bukan lah sebab glemernyer dia ni.. aku kenal dia sejak daripada first day aku jejakkan kaki ke UiTM Puncak Perdana ni lagi.. mana tak kenalnya, dia ni roommate aku hahahaha.. bukan saja takat satu bilik, malah dia ni lah manusia pertama aku aku kenal dekat Puncak ni dah secara otomatiknya dia lah sahabat pertama aku di sini.. =’)

Aku ingat lagi first time aku kenal dia ni, waktu tu aku baru dapat kunci bilik.. Alhamdulillah aku dapat bilik yang menempatkan dua orang sahaja di dalamnya (sebenarnya aku tak suka duduk ramai2 sebab tu aku suka dapat bilik dua org hehehe =P).. first aku masuk dalam rumah tu, aku jumpa dengan family dia dulu, masuk2 bilik baru jumpa dia tengah kemas2 barang dan katil hahaha XD (awal dia ni sampai).. waktu tu laa aku mula kenal dengan dia.. aku ingat lagi mak dia pesan apa dkat aku waktu tu.. “Kawan dengan Asyraf ni baik2 naa..” hehehe.. ^^”

Apa yang buat kami ni boleh jadi lagi rapat dengan dia ni sebab dia lah satu2nya budak yang sama fakulti dengan aku dalam rumah tu.. XD budak lain semuanya Fakulti Akaun.. aku dengan dia jer budak Fakulti TeKA huhu.. ^^” sebab tu laa kami ni rapat gler.. maklum la.. apa2 aktiviti semua kami bersama.. nak pegi mana pon dengan dia lah senang cakap.. XD sampai kan pernah sekali budak2 kelas dia buat aktiviti naik bukit yang namanya Bukit Tonggek tu aku diajaknya sekali.. sekali tengok aku sorang jer budak Teater dkat situ.. yang lain suma budak Skrin hahahaha XD macam2 lagi lah sampaikan ada yang cakap aku ni dah mcm budak Skrin.. =P

Diatas Bukit Tonggek

Tapi bukan semua ni yang buat aku senang dengan dia.. =’) Acap ni bagi aku dah macam kembar aku di sini.. bagi aku, Acap saja yang paling memahami aku.. sikap dia.. perangai dia pun kebanyakannya ada persamaan dengan aku.. ^^ bagi aku.. hanya Acap sahaja makhluk di Puncak yang sangat memahami cara hidup aku.. Kalau Acap tau yang aku tengah study atau buat assignment, dia akan senyap.. dia tau yang aku memerlukan suasana yang senyap sunyi dan aman time nak belajo.. X’D kalau ada orang ganggu aku time aku tenga belajo, dia akan marah orang tu sebab dia tau yang aku ni jenis pendam dan takkan marah walaupun aku tak suka.. ^^ dia tak macam kawan2 aku yang lain.. kalau buat keja.. suka bising2.. pasang lagu kuat2.. pastu menyembang bukan2.. aku tak leh mcm tu.. keja tak jalan wooo~~.. -,-

Terharu aku bila bace notis yang Acap buat ni hahaha X'D

Acap dia tak macam kawan2 yang lain.. =’) dia tak pernah mengongkong aku walaupun kami rapat mcm mana sekali pon.. ^^ kalau dia ajak kuar atau ajak teman dia pegi mana2.. dia tak pernah paksa.. sekali aku tolak pelawaan dia, terus dia paham.. =’) dia tahu yang aku ni tak suka dipaksa dan dia tahu yang aku suka menyendiri sebenarnya.. ^^”

Dan Acap juga memang seorang yang sangat prihatin.. =’) dia sentiasa bersedia untuk mendengar keluhan masalah kawan2nya.. dia tak pernah menjatuhkan semangat kawan2nya.. dia akan berusaha untuk membangkitkan semangat kawannya dan sentiasa bersedia untuk membantu.. Acap dia memang memahami aku.. dia tahu yang aku ni jenis seorang yang memendam rasa.. kekadang dia akan tanya aku kalau nampak aku mcm ada masalah.. dan setiap kali dia bertanya, aku rasa senang sebab waktunya selalu sesuai pada keadaan.. =’) sampai satu tahap.. aku pernah menangis teresak2 di dalam bilik atas sebab masalah peribadi.. hahahhahaa… X’D dia tahu.. dia tak ganggu aku langsung.. =’) bila aku dah reda.. baru dia tenangkan aku tanpa banyak soal.. Acap memang hebat.. =’) kadang2 masalah kewangan aku juga diambil berat olehnya.. =’( dia tahu yang aku ni ada masalah kewangan dan kadang kala hinggakan tak makan.. tapi disaat aku dalam kesusahan selalu aku terjumpa duit di dalam locker, beg duit dan katil aku.. aku tahu memang Acap punya kerja semua ni.. kekadang ada juga budak rumah lain yg buat mcm tu tapi selalunya mmg dia lah.. =’) kalau ditanya dia tak pernah mengaku.. ada juga dia pass by hand duit dia dengan aku.. kekadang aku terharu.. =’( dia pun bukannya ada duit sangat tapi dia sanggup berkongsi dengan aku.. wuwuwuwu~~ malu aku malu~~

Acap pun seorang yang sangat ramah dan senang didekati =)

Pada aku, nak jumpa kawan sebaik Acap ni memang satu dalam seribu lah.. =’) walaupun aku dengan dia tak lah serapat mana.. tetapi ikatan persahabatan yang terjalin antara kami memang sangat kuat.. dan boleh dikatakan.. dialah kawan yang paling disayangi oleh family aku hahahahahhahaa X’D mana taknya.. daripada Tok, Mak, Mak Njang sampai ke Pak Su.. semua ingat dekat dia.. kalo cter pasal Puncak Perdana jer mesti dia akan tanya pasal Asyraf.. Tok aku tu pulak.. asal call aku jer, mesti tanya Asyraf tengah buat apa???? kirim salam dekat dia naa.. hahahha XD itulah ACAP KODIANG…. =’)

Pernah orang kutuk gambar ni kate aku mcm beruang Grizzly tp Acap bela aku hahaha X'D

0 comments:

Post a Comment