Tuesday 17 April 2012

Kisah Aku dan MuZiK... #4

Assalamualaikum... ^^
huhu tima kasih sebab sudi meluangkan masa membaca new entry aku ni hihi.. XD
Alhamdulillah setelah 5 hari melapor diri sebagai seorang pengawal keselamatan atau lebih dikenali sebagai 'Pak Gad' di JUSCO.. aku tak menghadapi sebarang masalah.. :)
untuk entry kalini aku just nak sambung cerita pasal 'Aku dan MuZiK' XD
*sebenarnya baru balik keja tak tau nak buat apa.. jadi apa lagi.. menaiplaa kawe ohohoho..
...
Nasyid......
hmm... mesti ramai yang tak sangka aku ni ada cerita jugak pasal nasyid kan.. ^^
tapi sebenarnya ada jugak kisah aku dengan Nasyid ni.. XD
mak aku pulak jenis yang memang minat lagu2 nasyid ni.. :)
dari kecik lagi mak memang suka pasang kaset Nasyid Kumpulan Raihan.. :D 
nak dodoikan adik2 aku tido dulu pun dodoikan dengan lagu nasyid woo~~ 
*tp masa dodoikan aku waktu kecik aku tak ingat lak mak nyanyi lagu apa hahaha XD
jadi sekurang2nya ada jugak laa lagu nasyid yang aku tau.. hehe ^^"
bagi aku.. aku minat kumpulan Rabbani.. XD
ni pun sebab dulu aku tengok Akademi Fantasia 3.. Mawi nyanyi lagu Intifada ngan Pergi Tak Kembali...
pergh.. memang minat gilaa laa waktu tu hahhaha XD
"merdu lafaz syahdu... jiwa pun merindu merakam rasa kalbu.. gemersiknya lagu.. angin kota cahaya.. bertiup berarak kencang meredah maya.. hanya untuk Dia..." Rabbani_Intifada..
lirik dya memang unik.. aku suka kata2 dalam lirik ni.. ada maknanya..  :')
huhu..
time sekolah rendah dulu ada laa niat dalam hati nak join kumpulan nasyid sekolah bertanding..
tapi niat ajalaaa.. tak pernah suarakan sebab aku ni dulu pemalu tahap tak masuk akai.. XD
sampai laa ada satu hari... Ustazah bagitau kata ada audition untuk pilih ahli kumpulan nasyid yang baru..
audition tu dibuat pada waktu petang di kantin sekolah sebab kat kantin tu ada pentas kecil..
lagu untuk ujibakat adalah lagu daripada kumpulan Raihan - Labbaik Allah Humma Labbaik.. :)
aku memang hafal abis lagu tu.. XD
waktu tu memang aku nak masuk giller laa..
tapi bila pikir balik audition tu buat ditempat terbuka.. malu laa aku!!!
arrggghhh!!! malu tak malu.. sedar2 aku dah naik pentas gak petang tu hahaha XD
mungkin gemuruh yang teramat sangat kot... bila aku nyanyi atas pentas tu aku rasa macam nak pitam.. XD
sekali suara aku tak keluar daaa hahhaa XD
dipendekkan cerita maknanya memang fail laa.. xdak maknanya nak dapat kalau dah jadi mcm tu ahaha XD
hey... malu kot.. tak sangka aku petang tu ramai jugak orang yang nak ujibakat.. yang mai tengok pun ramai.. makcik2 yang nak amik anak dya balik sekolah pon ada.. makcik kantin lagi hahaha XD
malu cek malu~~~ xpa3.. nasib tu cerita lama.. 
hahaha tapi bukan setakat tu saja minat aku nak join nasyid.. 
aku tetap teruskan niat tu sampai ke sekolah menengah..
kebetulan kawan2 lelaki dalam klas aku ni memang minat buat2 persembahan ni..
sketsa laa.. teater laa.. nyanyi laa.. macam2 lagi yang diorg ni aktif.. aku sebagai salah seorang ahli dalam kelas tu pun kadang kala ikut serta jugak.. XD
sampai laa tingkatan empat.. :)
aku ingat lagi hari tu adalah hari kokurikulum di sekolah aku.. :D
ada macam2 pertandingan yang dipertandingkan..
di bahagian Pendidikan Islam ada syarahan agama, hafazan, bacaan al-Quran, dan juga nasyid.. ^^"
budak2 kelas aku memang dah berpakat nak join pertandingan nasyid tu.. XD
kami dah berpakat nak bawak lagu UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu..
kawan aku yang sorg ni siap buat minus one lagi utk lagu tu.. XD
sehari sebelum hari kokurikulum tu kami siap ponteng klas pegi surau nak berlatih punya pasal.. XD
*sampai kena panggil dengan ustazah.. ==''

Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu dendangan UNIC menjadi pilihan kami

dan........ tibalah hari pertandingan itu... pertandingan ni dibuat dalam kelas jaa.. :D
jadi tak tebukak sangat.. ^^
kawan2 aku yang lain bercadang nak pakai baju melayu masa pertandingan.. dengan semangatnya aku pun pakai laa baju melayu dari rumah lagi.. warna merah menyala pasti akan menarik perhatian sesiapa yang memandangnya.. XD
sekali sampai sekolah... arrggghhh!!! semua orang pakai baju sukan.. aku sorang jaa yang pakai baju melayu?! kawan2 aku??? cis!!! depa pun pakai baju sukan jugak! rupa2nya depa simpan baju dalam beg.. 
nanti baru nak tukaq katanya.. ==''
aku terpaksa laa tahan malu.. adess.. ==''
first masuk kami kena cabut undi.. dan Alhamdulillah.. group nasyid kami dapat nombor last untuk buat persembahan haha XD
canteklaaa lepas tu tak dak orang dah.. tak laa malu sangat kan.. ^^
sekali ustazah tanya nama kumpulan daa~~ adoi.. kami tak penah terpikir pulak pasal nama kumpulan..
punya lama nak pikir.. nama kumpulan pun makan masa nak pikir sampai ustazah sendiri yang bagi nama kat kumpulan kami hahhaa XD
Fi Sabilillah... :) 
Orang yang berjuang ke jalan Allah..
oke laa nama tu.. ^^
hihi.. sementara nak tunggu time kami perform.. kami semua jalan2 dulu sekitar sekolah tgk aktiviti2 yang diadakan.. aku tengok kawan2 aku yang lain ni semua dah pegi jauh.. maklumlaa depa pakai baju sukan.. aku ni pakai baju melayu.. jadi terpaksa laa stay dekat Panitia Pendidikan Islam saja.. =P
*bukan tak boleh nak jalan tapi segan laa kalau org tengok aku sorang jaa yang lain darpada yang lain! 
kebetulan dah ada dekat situ aku pun test laa nasib masuk syarahan agama.. :D
*skrip aku baru dapat on the spot.. org lain semua dah dapat skrip awal seminggu.. aku jaa baru daftar haritu dan terus masuk bertanding...
daann... Alhamdulillah!!! aku dapat nombor tiga dalam pertandingan syarahan agama tu! :'D
terharu giller.. padahal aku baca ketas jaa.. XD
tapi bila pikir balik.. memang patut pun aku dapat nombor tiga sebab yang bertanding pun tiga orang jaa.. 
hahaha lawak kot! X'D
buat malu jaa.. huhu ^^"
hahaa.. xpe laa tu hanya sekadar selingan.. ^^
sampai laa masa kumpulan kami buat persembahan... :)
kawan2 aku yang lain semua dah tukar baju melayu masing2..
kami pun menuju ke tempat bertanding..
*ala2 juara...
sekali masuk orang semua dah tak ada.. kumpulan kami jaa..
hahaha XD
kami tutup semua pintu dan tingkap.. *sebab tak mau bagi orang tengok malu~~
hahaha ustazah geleng kepala jaa xleh nak kata apa dah dengan kami yang pelik nih.. 
dah laa baju pun tak seragam.. ada baju merah, ada baju biru, baju hitam, cekak musang, baju melayu johor.. adoi.. lintang pukang kumpulan kami ni haha..
dengan ada yang pakai songkok, pakai kopiah, yang tak pakai songkok ngan kopiah pun ada.. XD
hahaha.. adoi tak leh ingat aku! X'D
huhu nak dijadikan cerita kawan aku pun bagi laa minus one tu dekat ustazah..
sekali ustazah cakap minus one tak boleh pakai daa~~~
kena pakai alat muzik sendiri.. =.=
adoi~~~ kami yang semakin ketandusan idea pun pegi laa pinjam alat2 muzik dekat kumpulan2 nasyid yang dah lepas.. 
akhirnya kami dapat, kompang, gendang dan alat muzik yang bunyi 'keceeng keceeng keeceng" tu.. 
yang bising bunyi dya tu huhu.. ^^"
disebabkan kumpulan kami ni banyak sangat masalah.. ini telah menarik perhatian pelajar2 dari luar untuk tengok apa dah jadi dalam kelas tu.. 
pintu dibuka dan pelajar semakin memenuhi ruang dalam kelas sebab nak tengok kami buat persembahan..
ahahaha adoi~~ masalah ni.. apa yang lagi masalahnya adalah aku kena main benda yang bunyi keceng keceng keceng tu.. XD
kami pun memulakan nasyid kami...
"kuu pendamkan.. perasaan ini... ku rahsiakan... rasa hati ini~~"
maka meriahlah ruangan didalam kelas yang kecik itu...
bukannya meriah dengan bunyi alat muzik dan lagu yang kami nyanyikan..
tetapi meriah dengan gelak tawa pelajar2 lain yang turut menyaksikan peristiwa bersejarah itu..
mana tidaknya.. alat muzik yang kami main langsung tak ikut irama lagu.. main bedal ikut dan jaa...
gendang dipalu sesuka hati.. kompang di hempap sesuka hati.. dan aku.. keceng keceng keceng sampai tak ingat dunia hahaha XD
mana tidaknya! kami ni mana pernah main alat2 muzik ni.. berlatih pun tidak hahhaa...
situasi pelajar lain waktu itu adalah seperti sedang menonton Raja Lawak Final..
semua pelajar ketawa melihat aksi kami yang serba tak kena...
aku sempat menjeling kemeja juri..
kelihatan Ustazah sedang menundukkan kepalanya sambil tangan kanan dan kirinya menutup bahagian kepalanya seperti orang yang sedang tidur dalam kelas.. 
badan ustazah kelihatan bergerak2 seperti kanak2 yang tersedu..
aku yakin ustazah sedang cuba mengawal perasaannya daripada ketawa..
dan sangkaan aku tidak meleset! kerana sebaik sahaja ustazah mengangkat kepalanya.. kelihatan wajahnya yang putih melepak itu menjadi merah menyala sambil giginya yang putih bersih itu tidak dapat ditutup lagi oleh bibirnya sambil berkata "sudah sudah cukup cukup!!"
dan selepas kata2 itu dilontarkan, ustazah terus tergelak kecil tidak dapat menahan lagi rasa lucu didalam hatinya itu..
kami memberhentikan persembahan kami dan kami turut ketawa bersama2 dengan apa yang kami telah lakukan tadi.. XD
dan........ ketika mengumumkan juara kumpulan nasyid itu.. kami berasa sangat berbangga.. bukan kerana kumpulan kami menang tetapi kumpulan yang meminjamkan alat muzik mereka kepada kami itu yang mendapat gelaran juara..
kumpulan kami??? entah kami sendiri pun tak tahu berada dalam kedudukan keberapa kerana tidak dimaklumkan.. hanya ustazah yang selaku juri sahaja yang tahu kami berada pada kedudukan yang keberapa.. :)

Ni laa alat muzik yang aku panggil "Keceng keceng keceng" tu.. Aku tatau nama dya hahaha.. XD

2 comments: