Saturday 7 April 2012

Kisah Aku dan MuZiK... #1

<3 Assalamualaikum dan salam sejahtera hehehe <3

Tetiba rasa mcm nak menulis post kedua dalam blog neh.. 8DDD
Pastu lak hati ni kuat nak bercerita pasal "muzik".. XD
hihihi...
...
...AKU dan MUZIK...
hmm apa yang ada dengan aku dan muzik??? aku ni bukannya orang yang pandai dalam bidang muzik.. buat lagu tak reti.. main alat muzik tak reti... nyanyi pon tersangkut2 hahaha... jadik apa yang aku reti??? ==''
huhu.. ^^" sebenarnya dalam bidang muzik ini.. aku hanya ada "minat" ! selain daripada minat aku juga ada dorongan! ehehehe... dorongan daripada rakan2 sebaya.. :)  
aku ingat lagik first time aku karaoke hehe.. XD
waktu tu umur aku dalam 10 tahun baru abis darjah 4 nak masuk darjah 5.. cuti bulan 12 tu tok wan aku bawak aku balik Sabah.. Kampung Linau (kampung tok wan aku).. aku selalu tengok pakcik2 ngan makcik2 aku kat situ karaoke.. tapi diorg kalo karaoke lagu lama2 ngan lagu tempatan jaa.. :D memang dah jadi kebiasaan dan boleh kata trend jugak laa org2 Sabah ni.. kalau ada masa lapang waktu pagi ngan petang diorg suku berkaraoke disamping waktu malam diluangkan untuk mengaji dan trus tido.. *karaoke tu karaoke jugak.. tp mengaji pon mengaji hehe.. ^^" kebetulan waktu tu Pak Njang ngan Pak Su aku dari Penang ikut sekali bercuti di Sabah tu.. hahaha.. diorg ni pun suka karaoke.. selalu aku tengok jer diorg karaoke.. nak join segan.. XD
CD Karaoke yang ada waktu tu banyak... ada lagu Kumpulan Boboy.. Newboyz... Siti Nurhaliza... Achik dan Nana.. KRU.. haish macam macam lah!!! XD Sampai laa ada satu masa tu.. Aku ingat lagik waktu tu tengahhari.. Makcik tengah masak di dapoq.. Wan ngan Tok kuar pegi Pekan Kota Belud.. Pakcik, Pak Njang ngan Pak Su aku tengah dok sembang2 dalam bilik dekat ngan ruang tamu.. tinggal laa aku sorang2 dkat ruang tamu tu tatau buat apa.. XD aku pon entah mana mai laa idea nak bukak box karaoke tu pun tatau laa.. tiba2 jaa aku dah bukak *boleh ka macam ni???* hahaha.. fuh~~ track pertama... Boboy - Demi Masa... ahahahah.....
maka dengan itu.. berkumandanglah suara seorang budak darjah 4 yang masih belom matang suaranya didalam rumah itu... *mana taknya.. volume tak tau nak ejaih.. kuatnya MasyaAllah.. XD* hahaha... baru muzik jaa... aku tak sempat nak nyanyi Makcik dari dapoq mai.. terkejut aku hahaha.. XD dya mai nak perlahankan skit volume tu.. katanya kuat sangat.. ^^" pastu dya cakap "sambung laa.." yang aku pun kenapa pegi ikut cakap Makcik tu pun tatau laa... aku boleh pi sambong! hahaha XD
tuuuudiiiiaaaaa~~~
"..Berbishik la haatikuu... mengenangmuu~~~ saat pechinta'an kiita berlaluuu~~ sepi mengce'ngkam da'lam hatii~~ menambah lukaa~~ seandai ada aku keriangan~~" <--lirik lagu Demi Masa, Boboy yang aku nyanyi tu hehehe...
lpas abih lagu tu aku pi tekan butang replay (=..=) dkat box karaoke tu.. tuptup.. lagu ni lagi yang keluaq... huh bantai!!! aku buh lagik lagu ni hahaha... menjerit2 aku tarik korus dya mcm org tak ingat dunia hahaha XD tak silap aku dekat tiga kali jugak laa aku ulang lagu ni.. best jugak aku pikir hahaha XD
elok aku abis jaa rangkap terakhir untuk lagu tu... "..puaskuu tersiksaa... bagaiiikan terasaaa... tidaaakkk bermaknaa laaaagiiiiii~~~~~" prapprapprappraprpap!!! <--bunyi org tepuk tangan... terkejut aku! aku ingat kan apa rupa2nya Pakcik, Pak Njang ngan Pak Su aku dari mula dok mengendap aku dari dalam bilik tengok aku duk melalak hahaha XD diorg tamau kaco sbb nak bagi aku habis dulu lagu tuu~~ 
Haddoooiiii~~~~ haahahahahaha XD aku xleh ingat benda tuuuu... malu gilaa!!! XD rasa macam nak gi terjun tingkat dua rumah tu jaa.. tak pon nak gi sungai belakang rumah mandi sekali dengan kuda2 kat situ hahaha malu punya pasai! adoi~~ XD
dan..... sejak dari situ lah.. aku mula menceburkan diri dalam bidang karaoke.. :) daa.. sejak dari situ jugak lah Pak Su akan akan bahan aku dengan bunyi.. "..Berbishik lah haaatiku~~" hahaha.. menganjing! XD

Kumpulan BOBOY suatu masa dahulu.. Skrg tinggal vokalis jer.. Naqiu. :)

hihihihi.. yang tu cerita aku mula berkecimpung dalam bidang nyanyian... XD
selain daripada lagu kumpulan Boboy... aku cukup gila dengan lagu Achik dan Nana.. lebih2 lagi lagu "Paling Comel" tu hahaha... mcm budak2 kan... *mmg aku budak lagik waktu tu* ==''
huishh~~~ lagu Achik ngan Nana ni mmg aku layan gilaa waktu tu... hihihi... walaupun aku kecik lagik waktu tu tp aku dah mmg mula tangkap jiwang dah hehe.. ^^"
berangan2 laa nyanyi ngan pompuan.. ^^ hakikatnya..... sampai sekarang aku tak jumpa lagik siapa Nana dalam duet aku tu.. :') hihihi selalunya "Siti Nordiana" tu sendirik laa yg jadik penyanyi dya hahaha XD aku just ganti tempat Achik jap.. XD <--perasan kejap ek.. :D
Apa2pun diorg ni mmg pasangan duet yang paling aku kagumi.. =8}
Lagu2 diorg bagi aku mmg evergreen~~ lagu2 yg sering dinyanyikan oleh pasangan2 yg sedang hangat bercinta dan dijadikan sebagai memori dan kenangan terindah dalam diri pasangan2 tu.. :D
setiap kali lagu2 ni dimainkan... pasangan2 ni mesti akan teringat kembali memori2 dan kenangan manis ketika bersama... *cheeewaaahhh!!!! even aku xde memori2 semua ni... tapi aku dapat rasa!! kira oke laa tu.. :P *satu hari nanti... aku nak merasa jugak! <--berangan!

Achik dan Nana memang terbaeekkk!!! sampai sekrang aku meminati mereka! yeah! ;D

Al-Fatihah buat Allahyarham Achik Spin..


Jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Tuhan... Achik Spin atau nama penuhnya Abdillah Murad bin Md Shari telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya dan telah pergi menghadap ilahi pada 14 April 2010.. Walaupun sudah hampir 2 tahun Achik pergi meninggalkan kita tetapi jasa dan baktinya dalam bidang seni tanah air tetap diingati dan terus dihargai.. Achik pernah berlakon dalam Filem Komedi Romantik bertajuk Diari Romeo tetapi tumpuan lebih diberikan dalam bidang nyanyian.. Antara lagu2nya yg aku minati adalah Hadirlah Mustika, Janji Kita dan Mengusung Rindu.. Semoga arwah beliau dicucuri rahmat.. Al- Fatihah...
...
huhu.. ni laa sedikit sebanyak cerita aku pasal muzik ini hehe.. ni baru kisah aku masa kecik dulu.. masa first aku mula btul2 nak kenal dengan muzik.. :)
ada banyak lagi cerita aku sebenarnya... masa sekolah rendah... sekolah menengah dan yang terbaru... di Universiti sendiri aku ada kisah muzik aku~~~ ;D
apa pun aku terpaksa berhenti disini dulu.. ^^
tok dah jerit2 kat luar tu suruh siap! huhu.. maklumlah.. harini kan hari Ahad..
ada kenduri kawen jiran sebelah hahaha XD
elok laa tu aku pun tengah lapo nih...
nasik minyak kalo dah masuk perut sedap neh..
maklumlah.. nasik minyak ni nasik org2 yg gembira.. mana tak gembiranya.. org nak kawen hahaha XD
okeh aku dah ngarot.. =..=
jom jom jom....
nanti kita sambung lagik naa... ;D
Assalamualaikum... :)

0 comments:

Post a Comment