Sunday 27 May 2012

Aku Kembali Bersama SEMANGAT BARU!!!!

Assalamualaikum..
:)

hehehe.. agak lama jugak aku tak post di blog ni kan..
sejak daripada peristiwa yang tak masok akai yang berlaku kat aku haritu..
seriously aku memang dah tak daa mood sangat dah nak menaip..
nak bercerita.. nak berkarya.. nak buat apa2 pon aku dah tak de semangat..
kalau nak diikutkan memang sekarang ni pun aku masih belum ada semangat macam dulu lagi.. :(
ye laa kan.. mana tak nya...
peristiwa yang berlaku tempoh hari memang betul2 memberi kesan yang agak mendalam kepadaku..
dan juga sebagai satu pengajaran kepadaku..
kita memang tak boleh meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada sesuatu perkara yang agak mustahil untuk kita kecapi..
kita juga tak boleh memaksa sesuatu untuk memenuhi kemahuan kita semata2..
biarlah ianya hanya tinggal satu harapan..
dan yang paling penting.. tidak semua perkara kita perlu berahsia dalam usaha 'menjaga hati dan perasaan seseorang'.. :'(
sekarang semuanya dah berlaku dan berlalu...
walaupun kesannya masih ada..
aku cuba menghadapinya dengan tenang..
yup.. 
aku juga manusia kan...
aku rasa tak salah untuk aku mempunyai satu perasaan yang berbeda kepada seseorang yang berlainan jantina..
itukan satu fitrah.. :)
lebih menyedihkan kalau kita berniat baik tetapi telah disalah anggap dan dianggap pula sebagai seorang yang hanya ingin memainkan perasaan semata2..
ouch!!! tak mampu tak mampu~~~
*okeh agaknya aku dah mengarot jauh dah ni ahahhaa XD
...

Yeah!!! AKU HARUS BERUBAH!!!!!

Sebenarnya post aku kali ini bukannya nak berceloteh pasal hati perasaan kejadah semua tu.. XD
aku nak cuba lupakan semua tu buat masa sekarang...
:)
yang tak sudi tu.. biarkannya dengan ketidaksudiaannya.. XD
(mana taw satu hari nanti tetiba dya sudi kan)
*hahaha PERASAN LEBEY kan... :P
~ tapi apa salahnya kalau masih nak mengharap kan ~ ^^
arrggghhh!!! apa masuk balik topik nih! 
ish ish!! *tampar mulut tujuh kali.. nakal sangat nih!
hehe..
*eh bukan jari ke yang menaip.. asal mulut lak yg kena tampar.. =,=''
erk... ABAIKAN... -,-
...
OKEH!!!! ni yang real punya!!!
XD
hehe.. sebenarnya sejak dari peristiwa yang lepas..
banyak perkara yang telah berlaku...
secara umumnya sekarang aku dah berhenti keja.. ^^
beberapa hari yang lepas.. 
aku pegi Kuala Nerang ngan kawan2 aku..
*berkonvoi ke kenduri kahwin Kak Eyka.. :D
hehe..
(aku akan postkan lagi satu cerita menganai KONVOI aku ni.. :D)
sekarang pulak aku dah sampai ke umah Pak Njang aku di Damansara Utama sebab nak ikuti kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa (PMDS) di Puncak Alam besok.. ^^"
hehe..
...

Kad pekerja aku... Serius akan merinduinya... :')

bila dipikirkan balik..
kejap saja masa berlalu kan.. :)
sedar sedar.. aku dah berhenti keja dengan company Aeon tu..
hmm... sebenarnya agak berat hati aku nak tinggalkan diorang di sana..
iyalaa.. setiap hari selama sebulan setengah aku bersama mereka...
hari2 aku dipenuhi dengan gelagat dan telatah mereka yang sporting2 belaka..
walaupun aku dalam masalah..
ada saja yang perasan..
siap bagi kata2 semangat semua cukup..
*teeetttt kantoi aku tercerita masalah aku dekat brader Blue Waves sorg ni ahahaha.. XD
alaa.. dya mmg rapat dengan aku.. :)
gipun aku tak dek tempat bercerita..
dapat jugak kata2 semangat daripada dya.. hehe.. ^^"
katanya bunga bukan sekuntum..
satu tolak.. dok ada sepuluh lagi yang menunggu.. =.=''
*standard laa.. ni laa ayat2 org dulu2 ahahaha XD
~ hakikatnya tak leh diterima pakai langsung pon.. ~
sapa laa yang nak org mcm aku ni..
-,-
argh!!!! again nak masok balik topik tu asal ntah!!!
grrr~~~~  =..=
lupakan lupakan.... >_<
hehe.. sepanjang aku keja jadi pengawal keselamatan ni kan...
ada sekali jer aku berpeluang bertugas waktu malam.. 
:D
pergh!!! bertugas malam ni mencabar woo~~~
hantu??? =..=
bukanlaa... cabaran yang paling besaqnya bukan hantu jembalang semua tu...
cabarannya adalah NGANTOK!!!!
hahaha XD
walaupun aku dah terbiasa tido lambat2 tiap hari..
tapi time keja ni lain woo~~
ngantoknya hanya Tuhan yang tahu..
nak saja aku tido kat tempat bertugas tu..
*tapi kalo kena tangkap elaun bulanan babai laa yer.. ^^v
hehe..
pacak???
fuh... memang ni laa perkataan yang agak digeruni di sana...
pacak bermaksud menjaga sesuatu lokasi dalam keadaan statik..
ini bermakna seseorang itu tidak dibenarkan untuk meninggalkan lokasi selama dia bertugas..
sekiranya sebarang kecurian berlaku semasa meninggalkan lokasi itu..
anda akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya.. ==''
fuh.. memang pacak lah yang paling aku geruni..
bukan apa.. lenguh kaki kot.. XD
paling lama pun aku pernah pacak dalam sehari sembilan jam jer.. ;D
sampaikan kaki dah tempang berjalan.. XD
kekadang aku terpikir...
macam mana laa kalau tetiba ada pencuri bawak lari barang..
macam mana laa kami ni nak kejar..
kaki tengah lenguh..
lutut dah sakit..
nak ligan (kejar) pulak penyamun tu..
memang tak laa kan..
hahaha XD

Lokasi pacak sebenarnya adalah untuk mengawal benda ni haa..
Kekadang cashier terlupa bukakan hard tag..
Jadi tugas kami adalah untuk mengesannya.. ;D

dan kenangan yang paling tak dapat aku lupakan adalah kesempatan aku mengikuti program dua tahun sekali kompani Aeon iaitu Family Day di Bukit Merah Laketown Resort.. :D
serius dah bertahun2 aku teringin nak pegi sana..
last aku pegi pun seingat aku masa aku standard 5..
tu pun ikut Family Day dengan kilang ayah..
hehe.. sekarang dapat pegi lak.. XD
memang nasib sangat lah!
walaupun kemeriahannya tak begitu terasa bagiku ketika itu..
*sebab baru dua hari peristiwa berlaku.. :'(
tapi aku tetap berpuas hati kerana impian ku untuk kesana tercapai juga.. :)
apa2 pun... tu semua dah tinggal kenangan.. :')
aku secara rasminya telah meletakkan jawatan pada 21 Mei 2012..
:')

Surat perletakan jawatan aku..
Tulis manual jer der ahaha XD

BLUE WAVES AEON SPC...
memang tebaeeekkkkk!!!!!
X'D

Kenangan bersama mereka~~ XD
ternyata bakat seni berada dimana2 sahaja.. :')


1 comment:

  1. done 15. follow me back http://amiraqramazizi.blogspot.com/

    ReplyDelete